Sudah seminggu berlalu,di mana Alya di marah oleh suaminya.Kini Alya hanya mendiamkan diri,tidak lagi menegur suaminya seperti biasa.Bukan dia marah,dia cuma takut jika suamimya marah lagi.Ada baiknya dia tidak bertentang mata dengan suaminya,kerana baginya,suaminya seperti tidak suka melihat wajahnya.
Tetapi dia tidak lupa menjalankan tanggugjawabnya sebagai seorang isteri.Seperti
menjaga makan minum suaminya dan juga pakaian suaminya dia jaga dengan rapih.Tidak pernah sekalipun dia terlupa.Setelah selesai masak,dia terus menghidang di atas meja dan terus masuk kebiliknya.
Suaminya juga seperti tidak kisah jika dia mendiamkan diri mungkin bagi suaminya itu lebih baik.Kini Alya sedang menyapu lantai dapur.Jam sudah menunjukkan pukul enam petang tetapi suaminya belum pulang.Sepatutnya suaminya balik jam empat.
Sedang dia tunduk menyapu lantai,dia terhenti apabila melihat darah yang jatuh menitik lantai dapur itu.Dia terus menyentuh hidungnya apabila merasa ada cecair yang mengalir.
"Ya Allah.Datang lagi,mesti lepas ni pergi kepala lagi.Sampai bilalah boleh bertahan ni.Harap-harap sebelum Liya pergi Liya dapat tengok tuan bahagia." Ucap Alya pada dirinya sendiri sambil berjalan ke tandas.Dia ingin membersihkan hidungnya sebelum kembali meneruskan kerjanya yang tergantung.
Sampai sahaja di dalam tandas dia terus membersihkan hidungnya dengan air.Setelah itu dia melihat pula wajahnya di balik cermin yang ada di tandas itu.Pucat.Ya wajahnya sangat pucat malah wajah cantik itu sudah mula cengkung, dia melihat pula tubuhnya yang semakin susut.Rambutnya juga sudah tidak tebal lagi seperti dulu.Setiap hari bila dia bangun tidur,rambutnya gugur.Dia menangis kerana takut tapi dia harus terima jika ajalnya sudah tiba.Malah dia harus bersedia menghadapi itu.
Alya mengukir senyum lebar buat dirinya sendiri.Liya harus kuat.
Dia keluar dari tandas dan menyambung kembali kerjanya menyapu lantai.
Zyan Rafael yang baru balik terus naik kebiliknya tanpa niat mahu menegur isterinya.
Alya yang sedar kepulangan suaminya terus cepat-cepat menyapu.Selesai sahaja menyapu terus dia masuk kebiliknya.Lagipula semua kerjanya sudah siap.
Di sisi lain pula.
Zyan Rafael yang sudah sampai di biliknya, sedang mengusutkan rambutnya.Kemeja kerja masih tersarung di tubuh tegapnya tetapi hanya separuh yang di butang.Entah mengapa,dia rasa kosong bila isterinya tidak lagi menegurnya.Malah selama seminggu juga mereka seperti orang asing.Bila bertembung isterinya melarikan diri.
Dia mahu menegur isterinya tetapi egonya terlalu tinggi.
"Huh asal dengan aku ni.Kira okey lahtu dia tak tegur aku.Tapi asal aku rasa kosong eh?"Soal Zyan Rafael pada dirinya sendiri.
"Arghhh serabut betullah!"
🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀
"Puan,puan masuklah berehat biar saya yang siram pokok tu." Tegur Pak Daud pada isteri majikannya itu.Muka pucat sangat masih nak bekerja.
"Takpe Pak Daud tinggal pasu ni jee belum siram."Balas Alya sambil mengukir senyum.
"Tapi muka Puan dah pucat sangat tu."
"Saya okey Pak Daud jangan risau.Ni Pak Daud dah makan?"
"Alhamdulillah Puan saya dah makan tadi."
"Syukurlah kalau macam tu."
Sedang mereka berbual,mereka di kejutkan dengan suara ibu mertuanya.
"Assalamualaikum."
![](https://img.wattpad.com/cover/359446862-288-k720867.jpg)
YOU ARE READING
Demi Bahagia Mu
Romantik🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau...