Zyan Rafael baru balik dari kerja.Hari ini dia balik pukul empat,di sebabkan jadualnya yang tidak terlalu padat dan juga hari ini dia tidak berjumpa dengan Naura.Naura kata dia ada hal, jadi dia memutuskan untuk balik kerumah.
Dia masuk kedalam rumah.Rumahnya sunyi, kelibat isterinya juga tidak kelihatan.
Dia masuk keruang dapur ingin melihat sama ada isterinya ada di ruang itu.Masuk sahaja keruang dapur dia sudah melihat tubuh kecil isterinya yang sedang membuat kek.Tubuh kecil itu tidak perasan kehadirannya.Hanya fokus membuat kek.
"Ehem."
Alya yang mendengar itu terus melihatnya.Alya terus menghentikan kerjanya dan mula menghampiri tubuh tegap suaminya.
"Tuan.Awal tuan balik hari ni."Ucap Alya sambil menarik kot kerja yang di pegang suaminya.Dia mengambil tangan kasar itu lalu di salam penuh hormat.
Zyan Rafael hanya melihat kelakuan isterinya.
"Tuan duduk dulu,saya buatkan air."Ucap Alya lagi dan mula bergerak kearah kabinet dapur.Dia membuat air kopi kesukaan suaminya.
"Ni air tuan.Tuan nak makan?"
"Kau ada masak ke?"Soak Zyan Rafael. Entah mengapa hari ini dia ingin makan masakkan isterinya lagipula dia lapar.
"Ada.Saya masak ketam cili api dengan tomyam."
Balas Alya.Zyan yang mendengar itu terus menelan liur.Perutnya tidak sabar mahu menjamah.Apalagi itu makanan kegemaranya."Asal kau masak benda tu?" Soalnya ingin tahu.
"Saya masak jee.Kan esok saya dah keluar dari rumah ni.Nanti saya dah tak boleh masak lagi.Jadi hari ni saya buat semua yang tuan suka.Saya ada buat kek juga.Tapi belum siap.Tu saya baru buat dia."Ucap Alya sambil menunjuk kearah adunan kek yang ada di atas meja.
Zyan Rafael yang mendengar itu terdiam.
Cepat masa berlalu.Esok dia akan kawin lagi.Kau yang nak lol!""Erm tuan?"
Zyan Rafael angkat kening tanda jawapan.
"Err boleh tak saya nak makan sekali dengan tuan.Hari ni jee boleh?tapi kalau tuan taknak takpe.Saya tak paksa."Ucap Alya.
"Hrmm makanlah."Balas Zyan Rafael
"Betulke tuan?"
Zyan Rafael mengangguk.
Alya yang melihat anggukan itu terus tersenyum lebar.Dia terus mengambil pinggan dan mengisi nasi untuk suaminya. Ketam cili api dan juga tomyam turut dia hidangkan.
"Nah jemput makan tuan." Ucap Alya lagi kemudian dia mengambil pula pinggannya.
Mereka makan bersama.Alya makan sambil tersenyum.Dia gembira akhirnya dia dapat juga makan bersama suaminya.
Manakala Zyan Rafael yang melihat itu hanya diam.Hanya hal kecil saja isterinya sudah gembira.Padahal hanya makan bersamanya sahaja.Dalam dia merenung wajah cantik itu,dia melihat airmata yang jatuh kepipi isterinya.
"Kau kenapa?makan pun nak menangis ke?"Soal Zyan Rafael pada isterinya yang duduk di depannya.
Alya tersenyum sebelum menjawab.
"Saya happy jee tuan hehe maaflah sampai nangis pula depan tuan.Saya cuma happy dapat makan dengan tuan lagi.Saya ingatkan saya dah tak dapat lagi makan dengan tuan.Hari-hari saya tunggu nak makan dengan tuan.Tapi tuan balik lewat.Alhamdulillah hari ni saya dapat.Erm tuan nak tambah lagi ke."
"Boleh juga."Balas Zyan Rafael.
Mereka makan dengan senyap sehingga selesai.Kini Alya sibuk membersihkan meja makan,manakala Zyan Rafael masih duduk santai di kerusi meja makan itu.Matanya bergerak ikut pergerakkan isterinya yang membuat kerja.
![](https://img.wattpad.com/cover/359446862-288-k720867.jpg)
YOU ARE READING
Demi Bahagia Mu
Любовные романы🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau...