🥀Bab 21🥀

9.7K 349 61
                                    

Seminggu berlalu,Alya Qaisara sudah pun keluar dari hospital.Sepanjang satu minggu itu juga dia hanya duduk di rumah kerana dia sudah di pecat oleh suaminya sendiri dan dia tidak di benarkan keluar rumah kecuali atas izin suaminya. Begitulah apa yang di katakan oleh suaminya.

Lepas sahaja suaminya keluar,dia terus membuat kerja rumah sehingga ke tengah hari.Dia tidak masak tengah hari untuk suaminya,kerana dia tahu suaminya balik petang.Dia hanya masak makanannya seperti biasa maggie ataupun mee.

"Macam mana ni,dah seminggu tak kerja.Mana nak dapat duit ni." Ucap Alya sambil duduk di sofa ruang tamu rumah suaminya.

"Kalau macam ni terus,macam mana nak bayar hutang dekat tuan." Sambungnya lagi.Hutang bil air,bil api serta dapur.

Tidak lama setelah itu,dia bangun dari sofa dan berjalan ke biliknya.Dia bosan tiada kerja.Semua kerja rumah sudah dia siapkan.

"Sayangnya,dah rosak baju ibu." Ucap Alya setelah keluar dari biliknya bersama baju kurungnya yang sudah koyak.Di sebabkan pukulan suaminya terlalu kuat,baju kurungnya koyak.Tapi dia tidak mahu membuang kerana baju kurungnya itu adalah baju kurung arwah ibunya.

"Boleh jahit lagi ni." Sambung Alya lagi dan mula membawa baju kurungnya serta benang dan jarum ke ruang tamu.Dia suka duduk di ruang tamu rumah suaminya,tetapi jika suaminya tiada di rumah sahaja.Kalau ada dia takut.Dia hanya duduk di dalam bilik.

Sebelum memulakan kerja iaitu menjahit baju kurungnya, dia membuka tudung dan membuka ikatan rambutnya.Dia tidak takut mahu melepaskan tudungnya kerana dia tahu suaminya tidak balik.

Rambutnya di biarkan lepas,seterusnya dia terus menjahit baju kurung kesayangannya.

Hampir satu jam dia menjahit baju kurungnya,rasa mengantuk datang membuatkan dia melepaskan baju dam jarum dari tangan kecilnya dan merebahkan tubuh ke sofa empuk suaminya sebelum memejamkan mata.Tidak menunggu lama,tubuhnya sudah di jemput lena.Keadaan yang sunyi bertambah sunyi.

Manakala Zyan Rafael yang berada di bilik pejabatnya sudah menyusun kertas kerja yang berselerak di atas mejanya.Hari ini jadualnya tidak padat seperti biasa.

Dia melihat jam yang terletak di tangannya sebelum bersandar di kerusi kerjanya.

"Balik lah kalau macam ni.Apa agaknya budak tu buat dekat rumah." Ucap Zyan Rafael,tiba-tiba dia teringat akan isteri yang tak di anggapnya itu.

Dia terus keluar dari bilik kerjanya setelah mengambil bag kerja serta telefonnya.Balik rumah.

"Eh boss dah nak balik ke?" Ujar PA kepada Zyan Rafael.Jejaka itu hanya mengangguk dan meneruskan langkahnya menuju ke arah parking kereta.Bukan dia tidak mampu bayar gaji driver tapi dia lebih suka memandu sendiri.

Setelah keretanya sampai di depan rumah,dia terus keluar dari perut kereta dan masuk kedalam rumahnya.Tanpa ketuk mahupun salam,dia terus sahaja masuk dan bergerak keruang tamu.Tapi langkahnya terhenti apabila melihat wajah polos isterinya sedang lena di atas sofa dan matanya terpaku melihat rambut lurus isterinya yang separas pinggang itu.Cantik.Itu yang terlintas di fikirannya saat itu.

Dengan perlahan dia menghampiri tubuh kecil itu lalu duduk di sofa berseblahan dengan sofa yang di gunakan oleh isterinya.

"Qaisara."Panggilnya tetapi tiada jawapan.

"Qaisara." Panggilnya lagi dengan tangan kasarnya menyentuh bahu isterinya.

Alya yang mendengar suara suaminya terus membuka mata.Cepat-cepat dia bangun dan berdiri di depan suaminya.

"Maaf tuan saya terlelap." Ucap Alya.

"Siapa datang rumah tadi?" Soal Zyan Rafael sambil melihat isterinya.

Demi Bahagia MuWhere stories live. Discover now