🥀Bab 39🥀

13.4K 513 133
                                    

Suasana rumah Zyan Rafael pada malam itu sangat meriah.Puan Sri Rasya sangat sibuk dengan majlis anak kembarnya.

Manakala Alya pula sibuk di dapur sampaikan pakaian pun belum sempat bertukar.Dia berusaha menyediakan jamuan majlis hari lahir suaminya bersama dengan adik iparnya.

Peluh yang merinik di dahi dia kesat, sebelum menyambung kembali kerjanya.

Dia juga teruja menyambut majlis hari jadi suaminya dan adik iparnya itu.Kerana dia belum pernah merasa suasana menyambut majlis sebegitu.

Setelah semua jamuan sudah siap.Dia terus membasuh semua peralatan memasak yang sudah kotor di gunakan.

Dalam dia sibuk di depan singki dapur,suara ibu mertuanya menyapa gegendang telinganya.

"Ya Allah Liya.Kenapa tak siap lagi ni?kenapa tak salin baju?majlis kejap lagi dah nak mula ni".

"Kejap lagi Liya pergi siap."

"Dah kamu pergi siap sekarang,biar mama sambung buat kerja ni."

"Tapi ma masih banyak ni nak kena basuh."

"Takpe Liya.Mak Leha boleh tolong mama kamu." Sampuk Mak Leha yang baru masuk ke dapur.Dia tadi sibuk menyusun pinggan yang akan di gunakan nanti.

"Kalau macam tu Liya pergi siap dulu la."

Puan Sri Rasya dan Mak Leha mengangguk setuju.

"Sibuk sangat dia siapkan majlis suami dengan adik ipar dia,sampaikan diri sendiri pun dia lupa nak siapkan." Ucap Puan Sri Rasya pada  Mak Leha.

"Tulah tu haih Liya Liya."Balas Mak Leha.

Geleng kepala dua wanita itu.




























🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀

Tetamu yang di jemput hadir pada majlis itu makin ramai yang datang.Suasana rumah Zyan Rafael semakin bingit dengan suara-suara tetamu.

Zafran Rafiqie terpaling happy apabila hari lahirnya di sambut dengan meriah manakala abang kembarnya hanya beriak biasa.

"Mana Ayden ni.Tak datang ke?"Soal Zafran Rafiqie apabila bayang sepupunya masih tidak kelihatan.

"Kalau dia tak datang pun majlis ni tetap jalan." Balas Zyan Rafael pada soalan adiknya.Entah kenapa dia rasa menyampah bila dengar nama itu meniti di bibir adiknya.

"Tahulah,tapi Iqie nak dia datang.Tak bestlah kalau dia takde."

"Dia bukannya abang kau pun jangan over sangatlah."

"Kau diamlah baik kw cari bini kau sana.Sibuk jee."

"Buat apa aku cari dia,dia ada jee dalam rumah ni."

"Tulah kau.Ada bini kau tak hargai jangan nanti bila dia dah takde baru kau nak meroyan." Ucap Zafran Rafiqie penuh makna.

"Dia nak pergi mana?aku tak izinkan dia keluar dari rumah ni malah pergi rumah mama pun aku dah tak benarkan."Balas Zyan Rafael yang sudah mula menunjuk taringnya.

Zafran Rafiqie yang mendengar itu sudah mengetap bibir tanda geram.

"Hye kau jangan nak kongkong dia sangatlah Zyan!kau ingat kau suami dia kau boleh buat dia macam tu ke!"Jerkah Zafran Rafiqie yang sudah panas.

"Well aku ada hak."Balas Zyan Rafael selamba.

"Hak otak kau.Kau jangan jadi jantan dayus!"

"Aku takkan jadi macam tu kalau dia tak mulakan dulu!"

Demi Bahagia MuWhere stories live. Discover now