TIGA BULAN BERLALU
Tiga bulan berlalu dengan pantas tapi tidak bagi Zyan Rafael.Selama tiga bulan menunggu isteri kecilnya sedar daripada koma bukanlah hal yang mudah.Dia berusaha agar terlihat kuat di depan keluarganya.Tetapi dalam hati hanya dia dan yang maha berkuasa saja yang tahu.Airmata menemaninya dalam menjaga isteri kecilnya itu.
Kini Zyan Rafael baru sahaja pulang dari office dan terus bergegas ke hospital.Dia risau tinggalkan isterinya tapi meeting yang berjalan di syarikatnya tidak boleh di teruskan jika bukan dia yang turut serta.Begitulah dia selama tiga bulan ini,jika ada hal penting dia akan hadir,jika tidak dia hanya membuat kerja dari ward isterinya saja.
Dengan baju kemeja putihnya yang sedikit kusut,lengan kemeja itu di tarik hingga ke siku,tiga butang baju kemejamya di buka.Dia yang sudah duduk di kerusi tepi katil isterinya,menatap wajah kaku isterinya itu dengan senyuman nipis sebelum bersuara.
"Cepat sedar sayang." Ucap Zyan Rafael dengan lembut di sertai dengan kucupan di dahi isterinya.Dalam dia merenung wajah isterinya itu,dia terlelap di tepi katil isterinya dengan tangan yang setia menggenggam tangan kecil isterinya.
Setelah agak lama terlelap akibat penat,
dia terjaga apabila merasa rambutnya di belai lembut.Mulanya dia tidak menghiraukan, dia kembali lena tatapi usapan di rambutnya masih belum berhenti.Dengan segera dia mengangkat wajahnya.Terangkat saja wajahnya.Dia terkaku apabila melihat isterinya sedang tersenyum nipis kearahnya walaupun wajah polos itu masih kelihatan pucat.Dia menggosok matanya mahu kepastian sama ada dia dalam mimpi atau bukan.Suara lembut isterinya kedengaran menegurnya.
"Abang."
Zyan Rafael tidak membalas,dia hanya melihat wajah isterinya.Betul ke dia tak mimpi?
"Abang?" Panggil Alya lagi.Kini tangan kecilnya menarik tangan suaminya.
"Sayang?abang tak mimpikan?" Ucap Zyan Rafael pula.
"Tak,abang tak mimpi."Balas Alya dengan lembut.
"Ya Allah hiks hiks hiks syukur Ya Allah." Ucap Zyan Rafael lagi yang sudah menangis.
Alya tersenyum nipis,dia dengan perlahan bangkit dati baringannya dan berusaha menghampiri tubuh tegap suaminya yang sudah berdiri di tepi katil.Tubuh tegap suaminya di peluk erat.Zyan Rafael membalas pelukan itu seriring dengan kucupan lembut yang tidak henti di dahi isterinya.Tangisannya semakin kuat.Dia tidak sangka isterinya akan sedar.
"Abang panggil doktor dulu okey."Ucap Zyan Rafael setelah tangisannya sedikit redah.
Alya menghalang langkah suaminya.
"Takperlu abang.Liya okey."Ucap Alya sambil memegang tangan suaminya.
"Betul ni?kepala sakit tak?"Balas Zyan Rafael dengan wajah penuh risau.
"Betul.Kepala Liya tak sakit Liya okey." Balas Alya pula.
"Okey.Tapi kalau sakit bagitahu abang."
"Baik abang.Berapa lama Liya tak sedar abang?"Soal Alya ingin tahu.
"Tiga bulan sayang."Balas Zyan Rafael.
Alya terkejut mendengar itu.Tiga bulan lamanya.
"Lamanya, abang okey tak selama ni ada deman ke? sakit ke?"
"Takde sayang.Abang okey.Abang kan kuat.Kuat untuk sayang."
Alya tersenyum manis.Hilang risaunya setelah mendengar balasan suaminya.
"Alhamdulillah la.Liya minta maaf susahkan abang jaga Liya."
"Takpe sayang,Abang maafkan yang penting sayang dah sihat tak sakit sakit lagi."
YOU ARE READING
Demi Bahagia Mu
Romance🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau...