🥀Bab14🥀

7.7K 271 37
                                    

"Ya Allah Liya!menantu mama." Jerit Puan Sri Rasya sebaik sahaja kelibat anak dan menantunya selamat sampai di rumahnya.

Alya memberikan senyuman manis pada ibu mertuanya,dia mengambil tangan tua itu lalu di salam penuh hormat.Puan Sri Rasya tersenyum lebar melihat kesopanan menantunya.Manakala Tan Sri Ziyad dan Zyan Rafael hanya melihat mereka.

"Liya sihat?" Soal Tan Sri Ziyad sebaik sahaja anak dan menantunya mengambil tempat di depannya.

"Sihat pa.Papa dengan mama sihat?" Soal Alya pula.Cuba berama mesra walaupun dia berasa segan.

"Kami sihat jee Liya.Mama tengok kamu ni yang tak sihat.Badan makin kurus lah,Along kamu jaga tak menantu mama ni?" Ujar Puan Sri Rasya sambil memandang wajah dingin anak sulongnya.

Zyan Rafael tidak menjawab.

"Err saya sihat je ma." Balas Alya setelah melihat tiada jawapan dari mulut suaminya.

"Baguslah kalau macam tu.Kamu kena jaga kesihatan tau.Makan jangan tinggal kalau ada apa-apa yang kamu nak kamu bagi tahu jee dekat suami kamu." Ujar Puan Sri Rasya lagi.Alya tersenyum mendengar kata-kata ibu mertuanya.
Dia,jangankan minta sesuatu pada suaminya,mahu bercakap saja dia takut.Kalau tiada benda penting jangankan bercakap bertembung saja mereka tidak.Bukan dia yang mengelak tetapi suaminya yang tidak suka melihatnya.

Tan Sri Ziyad memerhati anak sulongnya sebelum melirik kearah menantunya yang sedang berbual dengan isterinya.Dia tahu pasti ada yang tidak kena dengan rumah tangga anaknya.

"Liya tahu tak,mama ada belikan Liya baju sama dengan mama tahu.Nah." Ujar Puan Sri Rasya pada menantunya sambil menghulur dua beg kertas berjenama.

"Terima kasih ma,susah-susah je." Balas Alya segan.Dia tidak pernah dapat hadiah dari sesiapa.Ini kali pertama.

"Sama-sama,mana ada susah,mama suka adalah,mesti cantik kalau Liya pakai."

Alya tersenyum sambil melihat baju yang di berikan oleh mertuanya itu.

Zyan Rafael yang melihat riak gembira di wajah isterinya sudah tersenyum sinis lalu berkata dalam hati.

"𝑰𝒕𝒖 𝒋𝒆𝒆 𝒑𝒖𝒏,𝒎𝒂𝒄𝒂𝒎 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒆𝒎𝒂𝒔 𝒉𝒖𝒉."

"Hah lama dah berbual kan,jomlah kita makan dulu nanti boleh sambung lagi." Ujar Puan Sri Rasya.Tan Sri Ziyad mengangguk dan mengikut langkah kaki isterinya menuju keruang dapur.

Alya yang mula berjalan ke dapur terhenti apabila mendengar suara garau suaminya.

"Dasar miskin,kena bagi baju jee pun dah over macam kena bagi emas.Lagipun aku rasa kau tak sesuailah pakai baju tu.Kau sesuai pakai baju lusuh kau je,baru sesuai dengan kau yang hodoh ni" Ujar Zyan Rafael sebelum berjalan keruang dapur meninggalkan isterinya yang masih terdiam di ruang tamu.

Alya hanya diam mendengar kata-kata suaminya. Dia tidak sangka pula suaminya melihat wajah gembiranya tadi.Mana dia tak gembira,dia dapat hadiah dari ibu mertuanya.Hadiah pertama pulak tu.

"Liya buat apa tu?sini makan dulu." Dia tersentak apabila mendengar suara ibu mertuanya. Dengan segera dia berjalan keruang dapur.

"Hah meh sini makan,hari ni kamu kena makan banyak-banyak." Ujar Puan Sri Rasya lagi sambil mengulur pinggan yang sudah berisi nasi kearah menantunya. Alya menyambut dengan ucapan terima kasih.

"Kamu jangan segan-segan Liya.Buat macam rumah sendiri." Ujar Tan Sri Ziyad pula.

Alya mengangguk.Manakala suaminya pula hanya makan tanpa menghiraukan kehadirannya.

Dia mengambil seketul ayam dan sedikit sayur lalu di letak kedalam pinggannya.

"Sikitnya kamu ambil lauk?tambah la lagi." Ujar Puan Sri Rasya setelah melihat menantunya.

Demi Bahagia MuWhere stories live. Discover now