Di ruang tamu yang luas,ada satu tubuh kecil yang sedang terbaring lemah sambil memegang kepalanya.Rasa sakit kepala yang datang membuatkan tenaganya hilang di tambah lagi dengan perutnya yang tak berisi sejak pagi.Selera makannya tiada,hanya air kosong sahaja yang mampu masuk kedalam mulutnya.
Dia hanya mampu baring menunggu suaminya yang belum pulang walaupun jam sudah menunjukkan sembilan malam.Dia mahu keluar dari rumah untuk membeli ubat yang sudah habis.Tetapi dia takut.Lagipula suaminya tidak mengizinkannya keluar.
Akhirnya dia hanya mampu menahan rasa sakit seiring dengan air matanya yang mengalir laju seakan mengerti perasannya.
Apalagi suaminya yang kembali seperti sedia kala.Terasa begitu cepatnya masa berlalu.Hidup yang harmoni bersama suaminya rupanya hanya sekelip mata.Dia pun tidak tahu di mana salahnya,kenapa suaminya tiba-tiba marah.Dia pula lebih memilih diam daripada bersuara.Mungkin dia ada terbuat salah sebab itu suaminya berubah kembali.
Sedang dia menahan sakit pada kepalanya,bunyi pintu terbuka dari luar.Setelah melihat tubuh tegap suaminya masuk kedalam rumah,dengan perlahan dia menghampiri suaminya yang berjalan naik kebiliknya.
"Tuan." Panggilnya dengan perlahan.Walaupun takut dia tetap bersuara.
"Nak apa" Soal Zyan Rafael dengan nada kasar.
"Tuan ada panadol tak.Saya sakit kepala.Ubat saya dah habis."
"Aku penatlah,kau tak boleh usaha sendiri ke hah!kau sakit kau punya pasallah!.Kau ingat aku doktor nak simpan ubat bagai hah?!" Jerkah Zyan Rafael sambil menatap tajam wajah pucat isterinya.
Alya terkejut mendengar jerkahan suaminya. Sakit kepalanya semakin bertambah.Dengan senyuman hambar dia memberanikan diri menatap wajah tegang suaminya.Sebelum bersuara.
"Saya minta maaf tuan kalau saya dah ganggu tuan.Saya minta diri dulu." Ucap Alya sebelum berlalu keruang dapur di mana biliknya terletak.
Manakala Zyan Rafael terus naik kebiliknya.Sampai sahaja di bilik,Alya terus merebahkan tubuh kecilnya di atas tilam nipis.Air matanya kembali mengalir deras.Tangannya tidak henti menekan sisi kepalanya yang terasa berdenyut kuat.Wajahnya juga sangat pucat.Dia mengiringkan tubuhnya kearah dinding sambil menutup mata berharap agar sakit kepalanya akan hilang.Akhirnya dia terlepap dengan airmata yang membasahi wajahnya.
Zyan Rafael yang sudah selesai membersihkan diri,terus turun kebawah mencari makanan.Perutnya berbunyi tanda dia sangat lapar.Sampai sahaja keruang dapur dia terus mengambil tempat di meja makan.Setelah melihat makanan yang di hidangkan di atas meja dia terus mengambil pinggan lalu mula menjamah makanan yang di masak oleh isterinya.
Dia bersandar di kerusi meja makan setelah selesai mengisi perut.Dia melihat ruang dapurnya yang sunyi.Seperti ada yang kurang.Setelah perasan akan ketiadaan isterinya,dia dengan pantas bangkit dari kerusi dan bergerak kebilik isterinya.
Dia cuba membuka pintu bilik isterinya.Terbuka.Nasib baik pintu bilik isterinya tidak berkunci.Dengan perlahan dia masuk kedalam bilik isterinya.Gelap.Baru dia tahu yang isterinya suka tidur dalam keadaan gelap.Biasanya perempuan takut dalam gelap.
"Qaisara"Panggil Zyan Rafael.Dia menghampiri isterinya.Tetapi tiada sahutan.
Sebaik sahaja tubuhnya mendekat kearah isterinya dia melihat wajah isterinya berkerut dengan peluh yang membahasi wajah polos itu.
"Qaisara."Panggil Zyan Rafael sekali lagi dengan tangannya yang menepuk perlahan bahu kecil isterinya.
Alya yang merasa tubuhnya di sentuh mula membuka mata.Sakit kepalanya masih terasa.Malah semakin sakit.
" Tuan."Ucap Alya setelah melihat wajah kacak suaminya.
"Kau kenapa?Sakit?" Soal Zyan Rafael.
"Tak.Maaf la tuan,tadi saya buat tuan marah.Erm tuan belum makankan?Kejap saya hidangkan tuan." Balas Alya dan mula bangkit dari baringannya.Namun di tahan oleh suaminya.
YOU ARE READING
Demi Bahagia Mu
Romance🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau...