Senyuman Alya tidak lekang dari bibir kecilnya.Kini dia sedang duduk di atas katil sambil melihat suaminya yang sedang mengemas bajunya.Dia mahu menolong tapi suaminya tidak izinkan.Kata suaminya dia baru sihat.
Zyan Rafael yang sedang melipat baju-baju isterinya hanya tersenyum melihat gelagat isterinya.Dengan kaki pendeknya yang tergantung sedang di goyangkan.
"Happy dia yaa."Ucap Zyan Rafael.
"Mestilah,kan balik rumah kita." Balas Alya dengan senyuman.
Zyan Rafael yang sudah selesai melipat terus mendapatkan isteri polosnya itu.
"Nanti dekat rumah sayang rehat jee.Jangan buat kerja rumah,okay." Ucap Zyan Rafael lagi.
"Tapi Liya dah sihat abang.Liya bosan kalau tak buat kerja."Balas Alya sambil membalas tatapan suaminya.
"Untuk masa sekarang sayang rehat jee dulu.Sayang baru sihat, baru nak keluar hospital.Nanti dah sihat sepenuhnya baru sayang boleh buat kerja rumah."
"Abang jangan risau,Liya dah sihat.Liya janji Liya tak buat kerja berat Liya buat kerja yang ringan jee,masak,cuci kain, basuh pinggan dan menyapu itu jee abang."Pujuk Alya lagi.Dia tidak biasa jika tidak membuat kerja.
Zyan Rafael diam seketika sambil melihat wajah polos itu sebelum bersuara.
"Fine,tapi kalau abang tahu sayang buat lebih dari tu,abang akan denda sayang."
"Okay,Liya janji Liya tak buat kerja lain."
"Boleh percaya ke dengan budak ketot ni?"Ucap Zyan Rafael.
"Bolehlah.Abang tak percaya dekat Liya ke?"Balas Alya pula.
"Siapa cakap abang tak percaya isteri abang?"
Alya mencebik tidak puas hati.Manakala Zyan Rafael sudah tertawa kecil melihat wajah cemberut itu.
"Jangan buat muka macam tu.Abang tak reti pujuk."Ucap Zyan Rafael sambil mengusap rambut isterinya.
"Manada Liya merajuk."
"Tahu,tapi budak ketot tu tetap nak kena pujuk juga kan?"
Alya menggeleng kepala.
"Eleh taknak mengaku pula."
Alya tersenyum lalu turun dari katil.
"Jom abang kita balik.Liya tak sabar nak balik rumah."
"Sayang belum makan lagi.Abangpun belum jumpa doktor."
"Takpe kita makan dekat rumah jee."
Zyan Rafael mengangguk setuju.Dia bantah pun dia akan kalah dengan wajah polos itu.
Dia menghampiri tubuh kecil itu lalu menarik tangan kecil isterinya,manakala sebelah lagi tangannya menarik bag pakaian isterinya.
"Abang Liya boleh jalan sendiri" Ucap Alya apabila sedar tangannya di genggam erat oleh suaminya.
Zyan Rafael hanya mengangguk dan tersenyum lalu mengangkat tangan kecil isterinya di bawa ke bibirnya.
Kini mereka sudah sampai di dalam kereta.Tanpa memberitahu doktor yang Alya sudah keluar hospital.Nantilah dia call doktor.
"Abang."Panggil Alya tiba-tiba
"Yess sayang?"Balas Zyan Rafael yang sedang memandu.
"Ni kereta baru abang ke?"Soal Alya ingin tahu.
"Sayang tak nampak ke kereta ni dekat garaj rumah kita sebelum ni?"
"Tak."
"Kereta abang ni dah lama beli tapi abang tak guna selalu."
YOU ARE READING
Demi Bahagia Mu
Romansa🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau...