🥀Bab 45🥀

11.4K 460 60
                                    

TIGA BULAN KEMUDIAN

Setiap hari Zyan Rafael mencari isterinya,dari pagi hingga kemalam,tidak pernah walau sehari pun dia tidak mencari isterinya.Kerjanya tidak lagi dia hiraukan,malah selama tigabulan sejak isterinya hilang dia tidak masuk office.Kerjaya terbiar tanpa ada orang menganti tempatnya.

Wajahnya tidak lagi seperti sebelum isterinya hilang,kini wajahnya sudah di tumbuhi jambang,rambutnya juga sudah panjang tidak lagi kemas seperti selalu.Wajahnya sedikit cengkung dari biasa.Akibat sibuk mencari isterinya dirinya dia tidak peduli lagi.

Kini dia sedang bering di dalam bilik isterinya sambil menatap kosong dinding bilik itu.Perutnya berbunyi tanda lapar,tapi dia malas mahu mencari makanan,setiap hari dia hanya minum air kosong.

Pergi rumah keluarganya dia rasa bukan masanya.Apalagi ibu dengan adik kembarmya yang sudah dingin bila berdepan dengannya.Dia tidak salahkan mereka,dia tahu dia yang salah.Oleh sebab itu dia hanya berkurung di rumah.Hal kerjanya dia biarkan tidak berjalan seperti biasa.Apa yang dia mahu hanyalah isterinya,tapi sudah tigabulan berlalu,namun bayang isterinya masih belum dia temui.

Setelah lama merasa duduk di dalam bilik isterinya itu,dia memutuskan untuk pergi ke dapur.Sampai di ruang dapur,dia melihat seluruh ruangan itu sebelum menyimpul senyum,dia teringat bayang isterinya yang sentiasa di ruang itu.Dia menggeleng kepala lalu bergerak ke peti sejuk ingin mengambil air.

Suara lembut isterinya berlegar di ruang fikirannya.

Dia juga ingat hari di mana dia sedang demam panas.Isterinya menjaganya dengan baik.Malah tidur isterinya juga tidak cukup akibat menjaganya yang sedang sakit.Tapi dia,dia bodoh!.Dia sia siakan isterinya.

"Hiks hiks hiks." Zyan Rafael menangis lagi apabila teringat semua tentang isterinya.
Belum lagi hal dia naik tangan pada isterinya.Sekarang baru tahu menyesal.

Nasi sudah jadi bubur Zyan!

Zyan Rafael terus keluar dari ruang dapur,dia tidak naik kebiliknya tapi terus masuk semula ke bilik isterinya.Selama tigabulan juga dia duduk di bilik itu.Dia merebahkan tubuhnya di atas tilam nipis isterinya dan mula menutup mata.Berharap hari esok isterinya akan kembali kepadanya walaupun dia tahu itu hanyalah mimpi.








🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀

"Iqie kamu taknak tengok abang kamu ke?dah satu bulan papa tak dengar khabar dia." Ucap Tan Sri Ziyad pada anak bongsunya sebelum mengambil tempat di kerusi yang ada di halaman rumahnya.Manakala anak bongsunya duduk di buaian.

"Dia dah besar pa.Dia tahu jaga diri macam mana." Balas Zafran Rafiqie dengan nada dingin.

"Itu papa tahu,tapi papa risau,dia tak call kita, datang sini pun tak.Sihat ke tak dia tu haih."Ucap Tan Sri Ziyad lagi.Dia risau.

"Pa papa tak yah nak risau dia tu.Tak yah nak tolong dia,biar dia tahu macam mana seksanya Liya masa hidup dengan dia."Balas Zafran Rafiqie.

"Kamu tak boleh macam tu Iqie.Dia tetap abang kamu.Papa tahu kamu marah tapi kita kena bagi dia semangat.Kalau bukan kita siapa lagi yang tolong dia."

Zafran Rafiqie diam.Sejak tigabulan lepas,dia tidak lagi bertemu dengan abang kembarnya.Malah dia juga mengelak dari berjumpa dengan abangnya.Bila abangnya menghubunginya dia menolak,rasa marahnya masih belum hilang.Tapi dalam dia marah dia juga risau,cuma dia buat-buat tidak kesah saja.Sesekali dia kena ego walaupun egonya tak setinggi ego abangnya.Tinggi melangit!

"Macam ni lah.Esok kita pergi rumah abang kamu,kita tengok dia okey ke tak." Sambung Tan Sri Ziyad lagi.

"Tengoklah macam mana.Esok Iqie ada meeting dengan client."Zafran Rafiqie mengelak.

Demi Bahagia MuWhere stories live. Discover now