🥀Bab 1🥀

31.3K 420 2
                                    

🥀_𝑫𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑳𝒂𝒇𝒂𝒛 𝑩𝒊𝒔𝒎𝒊𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑫𝒆𝒎𝒊 𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂 𝑴𝒖 𝑴𝒆𝒎𝒃𝒖𝒌𝒂 𝑻𝒊𝒓𝒂𝒊𝒏𝒚𝒂_🥀






Terik matahari yang bersinar tidak membuat sosok gadis bertubuh kecil itu mengeluh akan kerja yang sedang dilakukannya,iaitu menyidai pakaian.Begitula rutin hariannya sebagai membantu rumah.Jika selasai membuat kerja bahagian dalam rumah dia akan menyidai kain atau menyiram pokok bunga majikannya.Penat tak usah dibangkitkan.Tetapi dia tidak pernah mengeluh akan semua itu,kerana dia sangat bersyukur telah di ambil kerja walaupun hanya jadi pembantu rumah.Mahu kerja tempat lain tiada satu pun yang menerimanya.Jangankan terima,tengok dia saja semua enggan.Seakan-akan dia itu menjijikkan.Tetapi dia hanya diam tersenyum dan sama sekali tidak marah.Baginya itu adalah ujian yang diturunkan untuknya.

"Siap pun hmm lepas ni nak solat dululah."Ujarnya sambil membawa bakul pakaian masuk kedalam rumah.

Dia berjalan masuk me ruang dapur.
Sampai sahaja di ruang dapur,dia tersenyum melihat Mak Leha yang sedang membelakanginya.Mak Leha juga adalah pembantu rumah sama sepertinya.

"Hah dah siap ke sidai kain?"Soal Mak Leha setelah melihatnya.

"Dah siap dah.Ni ada apa-apa tak yang nak liya tolong."Jawabnya penuh sopan.

"Takde dah kan tadi kamu dah tolong siangkan ikan." Balas Mak Leha pula.

"Ouh ermm kalau macam tu Liya nak pergi solat kejap boleh."

"Hah pergilah nanti kamu siap Mak pula pergi solat." Ujar Mak Leha.

"Okey,Liya pergi dulu tau."Mak Lehe mengangguk sambil melihat anak angkatnya itu meninggalkan ruang dapur.

Mak Leha menggeleng kepala melihat anak angkatnya yang sudah masuk kedalam biliknya yang berdekatan dengan dapur itu.Biliknya dan anak angkatnya bersebelahan.Sudah puas majikan mereka berkata kepada Alya agar duduk dibilik yang berada di tingkat atas tetapi gadis itu menolak dengan sopan.

Dalam dia menyambung kembali kerjanya dia di kejutkan dengan suara majikannya.Puan Sri Rasya.

" Mak Leha dah siap ke semua?"Soak Puan Sri Rasya.

"Dah Puan tinggal hidang ajee ni." Jawab Mak Leha.

"Ouh hah sinila saya tolong."

"Eh takpe Puan,biar saya jee buat, Puan dudukla."

"Alaa Mak Leha ni biarlah saya nak tolong.Ni Liya mana?"

"Liya tengah solat. Mungkin dah siap tu.Hah panjang umur."Balas Mak Leha setelah melihat kelibat anak angkatnya.

"Eh maaf Puan saya lambat hidang." Ujar Alya apabila melihat majikannya sedang menghidang makanan.Dia dengan segera menghampiri majikannya dan mengambil pinggan yang berada di rangan majikannya itu.Segan dia apabila majikannya membuat kerja yang sepatutnya dia lakukan.

"Takpe Liya,saya faham kamu solat kan."

Alya mengangguk

"Ni saya nak cakap sikit,Mak Leha dan kamu Liya,lain kali jangan lah halang saya nak tolong buat kerja dapur saya bosan la duduk goyang kaki.Nak juga macam kamu buat kerja.

"Tapi Puan kami boleh jee buat kerja dapur ni berdua kan Liya." Balas Mak Leha.Alya mengangguk setuju.

"Haih kamu ni saya nak merajuk la." Ujar Puan Sri Rasya.Mak Leha dan Alya ketawa mendengar rajuk majikannya mereka.Puan Sri Rasya sangat baik dan lemah lembut.Dia juga sangat ramah dengan mereka berdua.Dia melayan semua orang sama sahaja tidak kira kaya ataupun miskin.

Demi Bahagia MuWhere stories live. Discover now