🥀Bab 20🥀

10.3K 285 31
                                    

Alya terjaga dari tidurnya.Buka sahaja mata,dia melihat sekeliling ruangan bilik yang dia sedang duduki.Ternyata dia bukan lagi berada di ward kecemasan malah dia sudah di pindahkan kedalam ward biasa.Dalam dia melihat ruangan bilik itu matanya terlihat tubuh tegap suaminya yang sedang tidur di sofa.Dapat dia lihat wajah suaminya seperti tidak selesa.Dengan perlahan dia turun dari katil dan mula menghampiri suaminya.

"Tuan." Alya mengejutkan suaminya dengan nada perlahan.Kuat-kuat kang makan penampar.

"Tuan." Kejut Alya lagi dengan tangan yang menyentuh sedikit bahu tegap suaminya.

Zyan Rafael yang terasa tubuhnya di sentuh mula membuka mata.Buka sahaja mata.Dia melihat tubuh kecil isterinya sedang berdiri di depannya dengan wajah pucat.

"Kau nak apa?" Soal Zyan Rafael dengan nada datar.

"Saya tengok tuan macam tak selesa tidur dekat sofa ni.Kalau tuan nak,tuan boleh tidur dekat katil." Balas Alya perlahan.

"Kau nak aku tidur dengan kau.Jijiklah."

"Tak tuan jangan salah faham.Tuan boleh tidur dekat katil tu,biar saya tidur dekat sofa ni."Balas Alya walaupun hatinya terasa dengan kata-kata suaminya.

"Ouh kau nak acah baik lah ni?"

"Tak.Takpelah kalau tuan taknak, saya cuma bagi cadangan jee saya risau tengok tuan tidur dekat sofa sempit ni."

Zyan Rafael yang mendengar itu hanya diam.Namun dia mula membuka langlah menuju ke katil hospital. Tanpa menoleh kearah isterinya, dia terus sahaja merebahkan tubuhnya di atas katil itu sebelum menutup mata.

Manakala,Alya yang melihat itu sudah tersenyum.Dia duduk di sofa bekas suaminya tidur.Syukur juga kepalanya sudah kurang sakit.Kalau tidak dia hanya terbaring di atas katil sahaja.

Dia melihat jam dinding yang bergantung di bilik itu,jam menunjukkan pukul empat pagi.Dia mula merebahkan tubuhnya di sofa tersebut dan mula menutup mata.

Zyan Rafael yang mendengar dengkuran halus dari isterinya mula membuka matanya.Sedari tadi dia hanya berpura-pura tidur sehinggalah mendengar dengkuran isterinya.

Dia duduk di atas katil dengan bersandarkan tubuh sasanya di kelapa katil sambil melihat wajah pucat isterinya yang sudah lena di atas sofa.Tenang sahaja wajah polos itu walaupun tidur di atas sofa.Manakan tidak tenang,tidur di atas lantai sahaja Alya sudah nyenyak inikan pula sofa yang empuk.Tapi itu hanya manusia yang bernama Alya sahaja bukan manusia bernama Zyan Rafael.

Zyan Rafael pelik dengan isterinya, kata Doktor isterinya okey tiada apa yang serius.Tapi pada penglihatannya kenapa wajah isterinya pucat?

"Aku tak tahu kenapa aku marah bila tengok kau dengan Ayden.Aku benci kau tapi aku marah bila jantan lain dekat dengan kau." Ucap Zyan Rafael sambil menatap wajah isterinya.

Dia akui yang isterinya sangat cantik walaupun tidak berhias seperti wanita-wanita di luar sana.Tidak pernah dia melihat wajah polos dikenakan make up.

Orang cukup-cukup sahaja kau apa tahu.Lol!.

















🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀

Alya yang masih lena di atas sofa terkejut apabila terasa bahunya di sentuh.

Setelah membuka mata.Tubuh doktor dan nurse
yang menjaganya sedang berdiri di depannya.

Cepat-cepat dia bangun.Matanya sempat menoleh kearah katil.Suaminya tiada.

"Puan Alya.Kenapa puan tidur dekat sofa.Kenapa tak tidur dekat katil?" Soal Doktor itu.

"Saya cuma duduk dekat sini jee subuh tadi.Tak sangka pula terlelap."Balas Alya sambil tersenyum nipis.

Demi Bahagia MuWhere stories live. Discover now