Zyan Rafael yang baru masuk kedalam ward isterinya terus mencari sosok kecil itu.Tetapi sosok kecil itu tidak kelihatan.Wajah Zyan Rafael mula cemas setelah sosok kecil itu juga tiada di bilik air.
Baru sahaja mahu bersuara,matanya terpaku pada kertas yang ada di atas katil itu.
'Maafkan Liya'
"Sayang keluarlah.Tak perlu gurau macam ni." Ucap Zyan Rafael dengan lembut walaupun hati sudah berdebar hebat.
Manakala Alya yang berada di bawah katil menutup mulutnya menggunakan tangan kecilnya.Dia tidak sedar kakinya terkeluar sedikit.
Zyan Rafael yang mahu keluar dari ward itu,tidak jadi kerana kakinya terlanggar sesuatu yang lembut berdekatan dengan katil.Wajahnya tunduk melihat itu.Setelah melihat apa yang di langgarnya bibirnya terus menarik senyum sinis sebelum menjatuhkan tubuh tegapnya kebawah agar dapat melihat tubuh kecil yang nakal itu.Ada hati kenakan dia yaa.
"Masih nak sorok menyorok lagi ke budak ketot?hmm?"Tegur Zyan Rafael sambil menyentuh kaki isterinya.
Alya terkejut terus menjerit.
"Arrgghhh!"
Zyan Rafael mengeleng kepala mendengar itu.
"Keluar sekarang." Arah Zyan Rafael.
Alya terus keluar dari bawah katil dan terus mendapatkan tubuh tegap suaminya yang sudah duduk di sofa.
"Abang hehe."Panggil Alya bersama ketawa kecilnya.
"Kenapa nakal sangat ni?"Soal Zyan Rafael pula.
"Liya bosanlah abang.Abang lama sangat keluar.Abang pergi mana?"
"Abang pergi jumpa Ayden tadi ada hal."
"Ouh.Abang takut tak tadi?balik balik jee tengok liya takde?"Soal Alya.
"Taklah.Sebab abang tahu budak ketot tu tengah menyorok.Tapi kaki dia, dia tak sorok."Balas Zyan Rafael.
"Hehe."
Zyan Rafael menggosok agak kasar rambut isterinya.Ingat dia tak takut ke?Dia takut tapi dia buat buat selamba depan bini.
Alya menolak tangan suaminya.
"Kenapa nak menyorok dari abang?hmm?"Soal Zyan Rafael sambil menatap wajah isterinya.
"Saja jee.Liya bosan."Balas Alya
Zyan Rafael menggeleng kepala dengan jawapan isterinya.
"Abang janganla marah."Ucap Alya lagi.
"Bila abang marah?"Balas Zyan Rafael dengan wajah yang sengaja di garangkan.
"Muka abang garang sangat,Liya takut."
"Yeke?abang rasa biasa jee."
Alya menggeleng kepala.
"Okey okey abang sengaja jee."Balas Zyan Rafael sambil mencium dahi bersih isterinya.
"Abang tunggu kejap,Liya ada benda nak bagi abang."Ucap Alya dan terus bergerak kearah meja yang berdekatan dengan katil.Satu sampul surat di tarik keluar dari dalam laci dan di bawa semula kearah suaminya yang masih duduk di sofa.
"Apa ni sayang?"Soal Zyan Rafael apabila isterinya menghulur sampul surat kearahnya.
Alya tersenyum nipis sebelum menjawab.
"Abang kena janji dulu."
"Janji?"
"Yee janji dengan Liya boleh tak abang?"
Zyan Rafael mengangguk juga walaupun tidak faham.
"Okey abang janji,tapi apa dalam sampul ni?boleh abang buka?"
YOU ARE READING
Demi Bahagia Mu
Romans🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau...