ೃ⁀➷ Karakter Utama ೃ✧.*
Fayyad Asyraf
Nur Asyrah
Umaira
This is a warning!Cerita ini mengandungi unsur-unsur keganasan dan kedewasaan, menggunakan bahasa-bahasa kasar dan mungkin akan menyentuh emosi pembaca.
Terdapat juga unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti dan isu berat.Read at your own risk.
Sinopsis
Mengisahkan seorang gadis yang bertemu dengan seorang lelaki tanpa dirancang. Awalnya, dia datang ke bandar untuk mencari kerja untuk merawat luka di hati selepas kehilangan cinta pertama. Terlalu banyak kenangan bersama sehingga dia terpaksa membuat keputusan untuk memulakan kehidupan baru di tempat baru.
Pertemuannya dengan lelaki tersebut mengundang pergaduhan semata-mata. Mereka sering bertengkar dan bertelagah biarpun sekecil-kecil perkara. Semuanya disebabkan oleh lelaki itu yang sering bersangka buruk kepadanya sehingga menuduh dia akan memberi ancaman pada keluarga lelaki itu.
Daripada musuh, mereka menjadi kawan. Daripada kawan, tiba-tiba dia dapat rasa perasaannya pada lelaki itu bukan hanya setakat itu. Dia mahu memiliki lelaki itu. Dia mahu membuka hati untuk lelaki itu.
Tatkala dia mula menyedari hakikat dia mencintai lelaki itu, dia dibentangkan dengan hakikat bahawa lelaki itu mencintai gadis lain. Dan yang lebih menyakitkan apabila gadis itu adalah sahabat baiknya sendiri.
Dia sering mendengar cerita daripada sahabatnya tentang lelaki yang sedang gadis itu dekati. Tetapi, dia tak pernah terfikir bahawa lelaki itu adalah lelaki yang sama dia kenali.
Sejak dia datang ke bandar untuk memulakan kehidupan baru, sahabatnya itu yang banyak membantu. Dia telah terhutang budi pada gadis itu. Dia takkan mampu membalas kebaikan gadis itu. Tetapi sekarang, adakah dengan cara melepaskan lelaki yang dia cinta pada sahabatnya itu adalah cara untuk dia membalas kebaikan gadis itu?
Mungkin disebabkan itu, dia hanya mampu memendam perasaan dan berpura-pura gembira ketika melihat sahabatnya sedang tersenyum di atas pelamin... bersama lelaki yang dia cinta. Sepatutnya dia yang ada di sisi lelaki itu, tetapi takdir tidak memihak kepadanya.
Fikirnya, selepas mereka berkahwin, dia sudah cukup terseksa. Tetapi, tidak. Sesuatu telah berlaku membuatkan dia terpaksa disatukan dengan lelaki itu. Mengapa terpaksa? Kerana lelaki itu tidak mencintainya. Mereka tidak disatukan secara rela seperti sahabatnya yang berkahwin dengan lelaki itu gilang-gemilang, tetapi dia tetap bahagia kerana dapat menjadi satu-satunya isterj lelaki itu. Namun, dia lupa. Dia hanya satu-satunya isteri tetapi bukan satu-satunya di hati.
Nama sahabatnya masih meniti di bibir suaminya setiap masa. Tiada langsung bayangnya dalam fikiran sang suami. Penderitaannya semakin hari semakin hebat sehingga dia lelah dengan takdir yang tersusun untuknya. Adakah dia memang tidak ditakdirkan untuk memiliki lelaki itu?
Semuanya akan terjawab dalam, Sekali Lagi Memiliki...
Genre: Sad Romance
Conflict: HeavyP/s: Prolog akan diupdate malam esok. Sekali Lagi Memiliki akan diupdate setiap Khamis hingga Sabtu.
YOU ARE READING
Sekali Lagi Memiliki
RomanceSelepas kehilangan cinta pertama, hati kembali terbuka untuk menerima cinta baru apabila dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan mereka tidak dirancang, malah awal pertemuan mereka, mereka sering bertengkar disebabkan perselisihan faham. Pantan...