Tubuh dibawa ke birai katil setelah selesai menunaikan solat. Baru sahaja mahu mengambil telefon, pintu bilik diketuk dari luar. Tanpa menunggu, dia menyuruh figura di luar untuk masuk.
"Masuklah."
Wajah Umaira menjengul di muka pintu.
"Eh, Umai? Masuklah."
Umaira senyum lalu melangkah masuk. Birai katil didekati.
"Dah sihat ke?"
Umaira angguk. "Dah. Esok aku dah boleh mula kerja."
"Alhamdulillah."
"Kau kerja macam mana? Okey ke?" Umaira pula menyoal Asyrah.
"Okey. Macam biasalah."
Suasana sunyi buat seketika. Umaira masih mencari ayat yang sesuai untuk bercakap pada Asyrah. Ada sesuatu yang dia mahu katakan kepada sahabatnya itu.
"Kenapa? Kau macam ada benda nak cakap dengan aku." Bukan Asyrah tak perasan riak muka Umaira yang nampak gelisah. Seperti ada sesuatu yang mengganggu fikiran.
Umaira gigit bibir sambil menghela nafas perlahan.
"Umai, kenapa ni? Kau okey tak?" Asyrah soal, bernada kerisauan.
"Aku okey. Cuma... aku ada benda nak bagitahu kau." Laju dia menjawab, tidak mahu Asyrah merisaukannya. Dia sudah banyak memyusahkan Asyrah selama gadis itu di sini.
"Bagitahu apa?" Asyrah membetulkan duduk, menghadap sepenuhnya di depan Umaira. Dia sudah bersedia mahu tahu apa yang sahabatnya katakan.
"Aku..." Umaira meneguk liur payah. Entah apa yang susah sangat nak cakap. Dia boleh jadi gugup tiba-tiba.
Asyrah masih sabar menanti.
"Aku nak kahwin."
Sepi.
Umaira gigit bibir sambil menanti reaksi Asyrah. Saat ini, gadis itu masih nampak terkejut sehingga riak muka Asyrah hanya kekal begitu tanpa reaksi.
"Asyrah, kau... dengar tak?"
"Hah? Ah, dengar! Tapi, jap! Apa kau cakap? Kau... nak kahwin?" Gelabah Asyrah tersedar dari lamunan.
Umaira angguk.
"Dengan siapa?"
Umaira kulum senyum.
"Fayyad."
Terbeliak mata Asyrah mendengarnya. Tangan naik menutup mulut.
"Seriuslah?"
Umaira angguk lagi. Kali ini, senyumannya lebih lebar.
"Ya Allah, Alhamdulillah! Alhamdulillah, Umai!" Ucap Asyrah gembira. Tidak dapat menahan diri, dia menarik tubuh Umaira ke dalam pelukan.
YOU ARE READING
Sekali Lagi Memiliki
RomanceSelepas kehilangan cinta pertama, hati kembali terbuka untuk menerima cinta baru apabila dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan mereka tidak dirancang, malah awal pertemuan mereka, mereka sering bertengkar disebabkan perselisihan faham. Pantan...