Tangan dilambai ke langit apabila berpandangan dengan Fatima yang sedang bermain di taman permainan. Dia pula sibuk melayan Faaeq bermain di buaian. Disebabkan ada masa terluang, dia meminta izin daripada Jelita untuk membawa Fatima dan Faaeq ke taman permainan yang berdekatan dengan rumah mereka.
Senyuman Faaeq semakin lama semakin lebar apabila Asyrah mengayun buaian yang dia duduki. Sesekali Asyrah mengelus rambutnya.
"Fatima, jangan main jauh-jauh tau!" Sempat dia pesan kepada anak gadis itu ketika Fatima lagi giat bermain. Mungkin kerana mereka pergi ketika hari bekerja, jadi tiada orang yang kunjungi taman tersebut.
"Aunty, I nak main monkey bar, boleh?!" Jerit Fatima yang berada di gelongsor.
"Fatima tahu main ke?" Soal Asyrah risau.
Fatima angguk laju. "Don't worry, aunty. I tahu main!" Dia menghadiahkan senyuman pada Asyrah, meyakinkan wanita itu.
"Tak payahlah, Fatima. Bahaya. Monkey bar tu tinggi, kalau jatuh nanti macam mana? Lain kali aje kita main, ya?"
Fatima menggeleng sambil menjuihkan bibir.
"Ala, nak main juga! Bolehlah, aunty! I boleh mainlah, betul! I janji I main elok-elok." Beria-ia dia memohon, siap menyatukan tangan meminta simpati Asyrah.
"Yalah, hati-hati!" Pesan Asyrah, bernada pasrah.
"Thank you, aunty!" Fatima menjerit kegirangan.
"Eii, seronoknya anak aunty ni main, ya?" Asyrah mencubit pipi gebu Faaeq. Dia menggendong Faaeq lalu melangkah ke papan gelongsor.
"Okey, Faaeq duduk sini."
"Cepat, Faaeq! Turun! Aunty tangkap!" Dia berlari ke hujung gelongsor, menunggu Faaeq untuk meluncur turun.
Anak kecil itu senyum lebar lalu meluncur turun ke bawah dan disambut Asyrah.
"Yeay!" Asyrah jerit seronok. Faaeq turut menepuk tangan berkali-kali.
"Aunty!"
Asyrah angkat wajah mencari punca suara tersebut. Dia yakin itu suara Fatima.
"Fatima?" Asyrah meletakkan Faaeq di bawah lalu tangan kecil itu dicapai. Mereka berjalan sekeliling taman mencari Fatima.
"Aunty, tolong!"
Terbeliak biji mata Asyrah melihat Fatima bergayut di monkey bar. Anak gadis itu seperti takut untuk turun sementelah pula tangan tidak dapat bertahan lagi, menunggu masa untuk jatuh.
"Fatima!" Asyrah melepaskan tangannya yang memegang Faaeq lalu berlari mendapatkan Fatima. Biarpun dia sempat menyambut Fatima, mereka berdua jatuh ke tanah selepas Fatima tidak dapat lagi memegang palang.
Fatima menjerit sakit kerana lututnya yang bergesel dengan tanah.
Asyrah pula menggigit bibir menahan sakit di kakinya yang mungkin terseliuh akibat jatuh.
YOU ARE READING
Sekali Lagi Memiliki
RomanceSelepas kehilangan cinta pertama, hati kembali terbuka untuk menerima cinta baru apabila dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan mereka tidak dirancang, malah awal pertemuan mereka, mereka sering bertengkar disebabkan perselisihan faham. Pantan...