Part 3

292 40 10
                                    

Fayyad membuka pintu kereta bahagian belakang untuk Fatima yang mahu keluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fayyad membuka pintu kereta bahagian belakang untuk Fatima yang mahu keluar. Kemudian, dia membuka pintu kereta sebelah pemandu. Faaeq yang duduk di kerusi bayi diambil. Disarungkan dahulu kasut untuk si kecil itu biarpun Faaeq masih terkedek-kedek lagi mahu berjalan.

"Fatima, you tak boleh jauh daripada Pak Su, okey? Nanti susah Pak Su nak cari you." Fayyad memesan lembut anak saudaranya.

Fatima menggenggam tangan Fayyad sambil mengangguk. "Okey, Pak Su. I tak pergi jauh-jauh."

Mereka kemudian melangkah masuk ke dalam pasar raya.

"Kita pergi cari aiskrim you dulu." Sebelah tangan memegang tangan Fatima, sebelah lagi mendukung Faaeq.

"I ambil bakul boleh ke, Pak Su?"

Fayyad mengangguk. "Pak Su tunggu dekat sini."

Laju Fatima berlari ke muka pintu yang terdapat bakul pasar raya. Fayyad hanya perhati daripada jauh. Terlihat seorang gadis yang berdekatan situ yang membantu Fatima untuk mengambil bakul. Wajah gadis itu tidak jelas kelihatan kerana hanya dapat lihat dari sisi.

Fatima berlari ke arah Fayyad. "Jom, Pak Su!"

"Siapa perempuan tu?" Soalnya bernada biasa.

Fatima angkat bahu. "Aunty tu cuma tolong I ambil bakul. Dia nampak baik lah, Pak Su. Dia senyum dekat I tadi."

Fayyad mengerling gadis yang sudah masuk sambil membawa bakul.

"Yalah, jom cari aiskrim!"

•••

Melilau matanya mencari barang apa yang perlu dibeli. Nasib baik dia telah senaraikan barang yang tiada di rumah. Tak mengapalah jika Umaira jarang masak di rumah kerana gadis itu hanya tinggal sendirian. Tapi, apabila dia ada, rasanya tak susah pun untuk masak buat mereka berdua.

"Hari ni nak masak apa, ya?" Asyrah mengetuk dagu dengan jari telunjuk.

"Yes, I want that chocolate!"

Perhatian Asyrah teralih pada suara halus itu. Apabila diamati betul-betul, itulah anak kecil yang dia terserempak di depan pasar raya tadi. Anak kecil itu terlihat mahu menggapai sesuatu yang berada di rak tinggi.

Asyrah tersenyum melihat kesungguhan anak kecil itu. Terus dia menghampiri lalu mengambilnya.

"Nah, untuk awak!" Chocolate bar bersaiz besar diserahkan pada anak kecil itu.

"Wah, thank you, aunty!" Fatima menunduk tanda terima kasih sambil senyum lebar menampakkan pipinya yang gebu.

"Eiii, comelnya awak ni! Nama siapa?" Asyrah mencubit lembut pipi gebu anak kecil itu.

"Nama I Jelita Fatima. Tapi aunty boleh panggil I, Fatima!" Jawabnya ceria. Dia sengih malu apabila dipuji Asyrah tadi.

Asyrah ketawa kecil dengan gaya percakapan gadis kecil itu. Petah betul!

Sekali Lagi MemilikiWhere stories live. Discover now