Part 44

497 80 43
                                    

Berjalan melepasi sebuah bilik, langkah Asyrah serta-merta terpasung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Berjalan melepasi sebuah bilik, langkah Asyrah serta-merta terpasung. Bau aroma yang melekat di hidung cukup mengusik perhatiannya. Perlahan-lahan dia toleh ke tepi. Figura seorang lelaki berdiri membelakanginya. Lelaki itu leka merenung ke dalam katil bayi.

Sejak bila Fayyad datang? Tak perasan pula lelaki itu ada. Mungkin kerana dia terlalu sibuk dengan budak-budak tadi.

Destinasi Asyrah bertukar. Dia turut masuk ke dalam bilik tersebut. Terlihat Uqael yang terjaga. Anak kecil itu terkebil-kebil merenung ayahnya. Fayyad pula kaku berdiri menatap anaknya tanpa suara.

"Takkan nak tengok aje?"

Fayyad tersentak. Dia berdeham perlahan sambil betulkan postur tubuhnya yang sedikit terbongkok tadi.

"Datang jenguk anak sendiri, takkan nak tengok aje, tuan?" Asyrah berdiri tidak jauh daripada Fayyad.

Fayyad masih menyepi. Bukan dia tak nak pegang, tapi setiap kali nak angkat, pasti Fayyad akan takut kerana tubuh bayi yang terlalu lembut. Kalau tersilap langkah, benda lain pula jadi. Waktu dia menjaga anaknya di rumah pun dia mengambil masa dan terpaksa gagahkan juga diri.

Asyrah mendekati Fayyad. Dia memandang lelaki itu.

Fayyad turut membalas pandangan gadis itu. Kening terangkat seketika.

"Angkatlah." Asyrah menjawab persoalan yang terpeta di wajah Fayyad.

Fayyad terkebil-kebil. Biarpun begitu, dia tetap mengikut kata Asyrah.

"Baby baru lahir ni, tuan, mereka sangat sensitif. Jadi, bila kita nak angkat mereka, bahagian kepala yang kita kena jaga." Ucap Asyrah ketika dia melihat Fayyad teragak-agak. Dia faham, pasti lelaki itu takut.

"Sebelah tangan tuan bawah leher, dan sebelah tangan lagi di bawah punggung. Lepas tu, baru angkat perlahan-lahan." Perlahan Asyrah memberi tunjuk ajar kepada Fayyad.

Fayyad angguk. Dia mengikut suruhan gadis itu sehingga Uqael telah berada dalan dukungannya.

"Dekatkan kepala baby dengan dada, lepas tu, perlahan-lahan tangan yang pegang punggung tadi dibawa ke leher."

Fayyad mengikut tanpa bantahan. Kemudian, dia memandang gadis itu.

"Macam ni?"

Asyrah senyum seraya angguk. "Betul."

Fayyad mengangguk tanda mengerti. Barulah dia rasa selesa memangku tubuh anaknya sendiri. Sebelum ini, dia sering takut.

Asyrah merenung Uqael yang memandang Fayyad dengan mata bulat. Pemandangan di depan matanya ini terlalu menyentuh hati.

"Asy..."

Asyrah menoleh kepada Fayyad pula.

"Sebelum ni, Uqael dah pandai senyum. Tapi bukan dekat aku. Dekat Eeq." Bibirnya mengukir senyum hambar.

Sekali Lagi MemilikiWhere stories live. Discover now