Part 38

522 61 53
                                    

"Aku minta maaf, Umai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku minta maaf, Umai... aku minta maaf..."

"Maksudnya betullah kau suka suami aku?! Kau suka Fayyad, kan?! Kau berniat nak rampas dia dari aku, kan?!"

"Tak, Umai! Sumpah, aku tak pernah berniat macam tu! Tolonglah percaya!"

"Kau cakap apa tadi? Percaya?!"

"Bodohlah aku kalau aku percaya kau! Kau dah tikam belakang aku, sekarang ni nak aku percaya kau pula?!"

"Aku izinkan kau kawan dengan suami aku sebab aku percayakan kau. Tapi, rupa-rupanya kau jatuh hati pula! Macam ni ke kau balas kebaikan aku?!"

"Aku minta maaf, Umai... sumpah... aku tak ada niat nak rampas dia... sumpah..."

Tangan naik menutup mulut yang hampir hamburkan tangisan. Cuba untuk melupakan, tetapi wajah pilu dan kecewa Asyrah tetap menghuni fikiran.

Dia tak fikir perasaan Asyrah, kerana yang dia tahu dia harus pertahankan rumahtangganya. Dia tak sanggup jika benar ada yang akan merampas kebahagiaannya. Selama lima tahun dia menunggu Fayyad, bukan mudah untuk terima segala sikap lelaki itu yang acuh tak acuh kepadanya sebelum ini. Selepas dia dapat lelaki itu, wajarlah dia takut ada yang mahu merebut Fayyad daripadanya.

Dia hampir hilang nyawa ketika kehilangan kedua orang tuanya. Pada saat itulah, Fayyad muncul sebagai teman. Lima tahun dia memendam perasaan tetapi dalam yang sama, berharap untuk bersama lelaki itu. Dia tiada sesiapa lagi di dunia ini melainkan suaminya. Sudah tentu dia trauma.

Namun, dia menyesal. Sesal kerana tak percayakan Asyrah hanya kerana takut yang menghantui seluruh hidupnya. Dia berubah menjadi seseorang yang kasar dan tidak berhati perut.

Tubuh yang mengiring membelakangi Fayyad dipusing. Wajah lena sang suami diperhati lama. Air mata mengalir lagi.

Dia sepatutnya bersyukur kerana Fayyad mencintainya dengan tulus. Lelaki itu bahkan tidak pernah membuat sesuatu yang salah di belakangnya sedangkan dia tahu Fayyad mempunyai ramai kawan wanita. Tetapi, dia memilih untuk meragui Fayyad apabila Asyrah menyukai lelaki itu.

"I takut kehilangan you, Fayyad. Sampai I sanggup lukakan perasaan kawan I sendiri." Dia ucap perlahan, hanya dia yang mendengar.

"I takut kalau you berpaling dari I sebab I tahu, ramai lagi perempuan yang lebih baik untuk you." Dia menggigit bibir, menahan diri dari suara tangisnya kedengaran.

Hidup bersama Fayyad adalah sesuatu yang paling dia tak sesalkan. Dia bahagia melayari bahtera perkahwinan bersama insan yang dia cinta, yang telah lama dia tunggu. Dia mahu bahagia ini kekal hingga hujung nafasnya. Dia takkan boleh terima jika satu hari nanti Tuhan mengambil Fayyad dari hidupnya. Dia tak boleh bayangkan.

Sekali Lagi MemilikiWhere stories live. Discover now