Part 46

603 84 38
                                    

Sangkut sejadah di tangan, dia membuka pintu lalu tubuh dibawa keluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sangkut sejadah di tangan, dia membuka pintu lalu tubuh dibawa keluar. Kebetulan, pintu di depan biliknya juga terbuka. Muncul figura seseorang sehingga mereka saling berpandangan.

Mata terpaku melihat Fayyad dengan kain pelikat dan tshirt hitam. Selama ini, dia banyak melihat lelaki itu memakai baju kemeja dan pakaian kerja.

Fayyad turut tersentak melihat Asyrah dengan kelengkapan solat. Gadis itu manis dengan telekung berwarna putih susu. Terdapat manik-manik kecil terhias di atas kepala, menyerlahkan lagi telekung yang disarung.

"Asyrah, Fayyad, mari kita solat. Dah masuk waktu Maghrib ni." Suara Encik Asri menyentak mereka berdua.

"Ah, ya, ayah." Fayyad terlebih dahulu pergi sebelum diikuti Asyrah tidak jauh di belakang.

Disebabkan Encik Asri yang menjadi imam untuk malam ini, Fayyad diminta untuk iqamat sebelum mereka memulakan sembahyang.

Perlahan-lahan mata Asyrah naik memandang belakang Fayyad yang sedang mengalunkan iqamat. Tidak terlalu kuat tetapi masih boleh didengari mereka. Suara lelaki itu kedengaran gugup, mungkin tidak biasa.

Selepas itu, mereka menunaikan solat Maghrib berjemaah. Selesai memberi salam, mereka mengangkat tangan untuk berdoa.

"Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosa kami. Kau berkatilah kehidupan kami. Kau limpahkanlah rezeki berlipat kali ganda kepada kami. Kau berikanlah kesihatan yang baik supaya kami dapat sentiasa beribadah kepadaMu, Ya Allah. Kau jauhkanlah kami dari segala malapetaka dan kesulitan kepada kami." Encik Asri memulakan bacaan doa.

"Ya Tuhan kami, kau permudahkanlah urusan anak dan bakal menantu kami. Kau lancarkanlah perjalanan mereka dalam mendirikan rumahtangga kelak. Kau curahkanlah kebahagiaan yang tak terhingga kepada mereka. Sesungguhnya, Kau Maha Berkuasa kepada sekalian alam, Ya Allah."

Asyrah menelan liur payah ketika Encik Asri menyebut perihal itu dalam doa mereka. Hati terjentik pilu. Dapatkah mereka bersatu penuh bahagia tatkala penyatuan mereka bukan kerana cinta? Dapatkah mereka bertahan ketika mereka telah berjanji untuk berpisah setelah semuanya selesai?

Selesai berdoa, Asyrah menyalam tangan ibu dan ayahnya. Fayyad pula hanya menyalam tangan Encik Asri.

"Jadi, kamu dah maklumkan pada keluarga kamu tentang rancangan kamu berdua untuk berkahwin, Fayyad?" Encik Asri membuka bicara sambil memandang bakal menantunya.

"Saya ingat nak bagitahu lepas balik KL sebab mak dengan abah saya akan turun KL tak lama lagi. Mereka saja datang nak melawat. Jadi, waktu tulah saya akan bagitahu." Jujur Fayyad sambil angguk kecil, meyakinkan Encik Asri dan Puan Asmida.

"Kamu berdua ada perancangan ke bila nak melangsungkan perkahwinan?"

Fayyad saling berpandangan dengan Asyrah. Ikutkan, mereka memang belum berbincang akan hal itu.

Sekali Lagi MemilikiWhere stories live. Discover now