Assalammualaikum, selamat malam.
Untuk page ni tak ada apa pun cuma saya ada beberapa penjelasan untuk diterangkan kepada pembaca. Saya tahu, makin lama pembaca makin geram, makin sakit hati, makin meluat dengan watak-watak berkenaan. Tapi, saya berharap, pembaca boleh bertahan sampai akhir, ya?
Di awal cerita memang saya tekankan, karya kali ini memang berat dan bermain dengan emosi pembaca. Rasanya, bukan pembaca aje geram, penulis pun sakit hati sampai typo banyak sangat. Tak pernah saya tulis sampai teruk sangat typo dalam satu chapter tu :) Saya minta maaf untuk hal itu. Saya akan baca semula dan betulkan bila ada masa terluang.
Bagi yang baca karya saya dari awal dulu, mereka akan tahu karya saya akan ada terselit realiti kehidupan. Bermula dari My Perfect Love, sehingga Sekali Lagi Memiliki, semuanya ada berkait dengan kehidupan sebenar. Ini bermakna, ianya kisah benar ke? Kisah benar, tapi tidak semua. Hanya terinspirasi dari kisah benar sahaja.
Saya akan terangkan satu per satu supaya pembaca boleh nampak kenapa jalan cerita seperti ini.
Bermula dari My Perfect Love, sesetengah pembaca rasa, ianya sad ending. Tapi, dalam dunia nyata, tak ada sesiapa pun nak hidup dengan lelaki seperti itu. Lelaki yang panas baran, lelaki yang permainkan hati wanita, lelaki yang mendera mental dan fizikal. Disebabkan itu, ending tidak seperti yang diharapkan supaya pembaca tidak terbawa-bawa dengan harapan, novel/wattpad mesti kena happy ending.
Kemudian, Lose In Revenge, sesetengah pembaca tak boleh terima masa lalu wanita itu. Masih ada yang tak percaya fl seteruk itu. Sedangkan, di dunia nyata, berapa ramai sebenarnya wanita yang perdayakan lelaki dengan godaan dan tipu helah mereka? Disebabkan itu, ml berdendam sangat-sangat kerana apa yang dilakukan itu, tak boleh diterima akal.
Seterusnya, Dalam Jagaannya. Untuk wanita yang memegang konsep 'tak perlukan lelaki', 'berdikari', mereka tak boleh baca cerita ini. Kerana dari DJ, pembaca akan tahu, semampu mana pun seseorang wanita, mereka tetap perlukan lelaki untuk membimbing, mendidik dan menjadi support system. Di dunia nyata, kita tengok berapa ramai wanita yang berdikari kerana mereka tak ditemukan dengan lelaki yang boleh digantung harap. Bahkan, ada juga yang terlalu selesa seperti itu, sehingga perlekehkan lelaki sebagai ketua keluarga. Disebabkan itu, wujudnya cerita ini. Tak kiralah macam mana keras kepalanya kita, tegasnya kita, kita tak boleh nafikan, figura lelaki itu penting.
Begitu juga kali ni, Sekali Lagi Memiliki. Dalam pada kita tak sedar, sebenarnya ramai lelaki yang wujud seperti Fayyad. Mereka boleh melayan wanita tanpa perasaan suka. Bahkan, wujud lelaki yang suka apabila melihat perempuan terhegeh-hegeh pada mereka. Sebab itu, dia gunakan peluang itu untuk permainkan hati wanita tanpa melibatkan perasaan.
Makin ramai pembaca Sekali Lagi Memiliki, saya notice ramai juga yang pernah kena dengan lelaki seperti Fayyad. Lelaki seperti ini, mereka suka memberi mix signal dengan tindakan mereka. Kadang, kita rasa mereka sukakan kita. Kadang, kita rasa mereka tidak pedulikan kita. Mereka buat kita keliru dengan tingkah mereka. Dan padahnya? Wanita sukar untuk move on.
Kenapa Asyrah susah nak lupakan Fayyad? Kenapa Asyrah tak serik lagi dengan apa yang dah jadi? Sebab, saya nak sampaikan, kita sebagai manusia, kita ada had tersendiri. Apabila tak sampai lagi had tersebut, kita takkan berganjak. Kita akan dibelenggu kesakitan, hanyut dengan segala dusta sehingga sampai satu tahap kita dah tak boleh terima lagi, barulah kita pilih untuk pergi.
Adakah saya bercakap dari segi pengalaman? Ya. Saya pernah jumpa dengan lelaki seperti Fayyad. Dan saya ambil masa empat tahun untuk move on. Ya, empat tahun. Sampaikan orang sekeliling saya dah penat nasihat, tegur dan ada juga yang tak mampu kata apa-apa kerana saya masih berharap dengan dia walaupun saya tahu dia tidak pernah serius dengan saya. Hanya sekadar 'kawan'. Apabila sampai satu tahap saya dah serik, barulah saya berhenti dan lepaskan semuanya.
Manusia apabila tiba waktu dia dah penat, dia memang akan pergi dan takkan toleh belakang lagi. Dia dah tak peduli apa jadi, yang penting diri sendiri.
Jadi, jangan risau. Asyrah akan sampai hadnya juga nanti. Saya takkan cipta watak Asyrah terlalu 'lemah' sebegitu lama. Dia akan bangkit, akan pentingkan diri, dan memikirkan bahagia sendiri. Itu yang saya boleh pastikan. Waktu tu, marilah kita tengok sama-sama macam mana Fayyad nak menangi hati dia semula :)
Tentang Umaira, awal cerita saya letak tiga watak utama, bermakna dia memberi peranan yang penting dalam cerita ini. Sebab itu, tak boleh matikan watak dia cepat sangat. Kalau matikan pun, akan effect pada kedua-dua watak, Fayyad dan Asyrah. Hingga akhir cerita pun, masih ada terselit dia juga. Jadi, Sekali Lagi Memiliki, menceritakan tentang kehidupan ketiga-tiga orang. Bukan sahaja Fayyad dan Asyrah.
Saya tahu, pembaca meluat tengok scene Fayyad dan Umaira. Ada yang kata, mereka tak sesuai. Saya faham, tapi saya terpaksa cipta keserasian mereka sebagai suami isteri untuk lengkapkan lagi plot cerita. Saya perlu tunjuk, bagaimana 'kebahagiaan' mereka sebelum musnah segalanya nanti.
Memang betul. Cerita ni panjang lagi. Tapi, saya cuma buat anggaran akan habis tidak melebihi 70 chapter. Kalau kurang dari itu pun lebih baik. Saya berharap pembaca boleh bersabar ya.
Jadi, bagi sesiapa yang berniat nak baca cerita saya untuk lari dari realiti, saya minta maaf. Cerita saya tak sesuai. Cerita saya boleh buat awak termenung kalau awak mengharapkan yang indah dan tersenyun sentiasa.
Untuk yang komen, saya hargai sangat-sangat. Saya suka baca komen-komen tu semua. Macam awal cerita saya cakap, saya akan update Khamis, Jumaat, dan Sabtu aje. Tapi, bila tengok ramai yang baca, ramai yang vote dan komen, saya gigih juga tulis untuk setiap malam. Sebab tak sabar nak tengok komen kalian.
Jangan berhenti komen, vote dan baca ya. Kita jumpa lagi di bab seterusnya. Sekian saya membebel :)
YOU ARE READING
Sekali Lagi Memiliki
RomanceSelepas kehilangan cinta pertama, hati kembali terbuka untuk menerima cinta baru apabila dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan mereka tidak dirancang, malah awal pertemuan mereka, mereka sering bertengkar disebabkan perselisihan faham. Pantan...