Part 9

280 42 24
                                    

Nasi yang telah diisi dalam mangkuk diceduk ke dalam pinggan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nasi yang telah diisi dalam mangkuk diceduk ke dalam pinggan. Memandangkan hari ini Fareeq tidak sibuk, lelaki itu membuat keputusan untuk makan tengah hari di rumah sahaja. Dan pastinya Fayyad akan ada sekali. Ke mana sahaja Fayyad akan pergi kalau tidak ke rumah mereka?

"Abang, Fayyad, meh makan. Lauk dah hidang ni." Jelita memanggil suaminya dan adik iparnya di ruang tamu.

Fareeq dan Fayyad bangkit lalu mendekati ruang makan.

"Wah, nampak sedap! You masak ke, Jelita?" Fayyad sudah menelan liur melihat lauk-pauk yang jelas membuka seleranya.

"Mestilah. Suami I nak balik makan dekat rumah, mestilah I kena masak sedap-sedap!" Jelita berbalas senyum dengan Fareeq.

"Thank you, sayang." Sempat Fareeq berterima kasih dengan usaha isterinya yang masakkan lauk tengah hari buat mereka.

"Untunglah!" Fayyad mencebik sebelum senyum. Tidak menunggu lagi, dia menarik kerusi untuk duduk.

Asyrah yang baru keluar dari dapur ditegur Jelita. Di gendongan gadis itu, ada Faaeq yang melentokkan kepala di bahu Asyrah sambil memandang Jelita dengan mata kuyu.

"Ha, Asyrah! Jom makan sekali alang-alang tu." Pelawa Jelita mesra.

Asyrah memandang Jelita sebelum mata mengerling Fayyad yang turut merenungnya. Sejak kejadian malam itu, dia menjadi segan untuk berhadapan dengan Fayyad. Sementelah pula dia baru masuk kerja selepas mengambil cuti sakit. Terfikir juga, pasti dia akan dimarah teruk oleh Fayyad kerana mengambil cuti. Yalah, apa saja yang dia lakukan pasti salah di mata lelaki itu, kan?

"Urm... tak apalah, puan. Saya nak pergi tidurkan Faaeq dekat atas. Nanti saya makan."

Jelita mengerling suaminya seketika lalu kembali merenung Asyrah.

"Okeylah kalau macam tu."

"Saya pergi dulu, puan, tuan. Selamat menjamu selera." Asyrah menundukkan kepala tanda hormat lalu bergerak laju untuk ke aras atas. Ketika dia lalu di hadapan Fayyad, dia hanya tundukkan wajah.

Fayyad tidak berhenti merenung tubuh Asyrah yang sudah hilang di pandangan mata. Bukan dia tidak sedar, gadis itu sentiasa mengelak daripadanya sekarang. Kalau berselisih pun, gadis itu akan cepat-cepat pergi tanpa memandang ke arahnya. Adakah Asyrah masih terasa kerana dia memarahi gadis itu tempoh hari? Teruk sangatkah?

"Yad, tengok apa lagi? Makanlah." Tegur Fareeq yang menyedari adiknya masih termenung.

"Dia risau kot, bang sebab crush tak makan sekali." Usik Jelita sambil ketawa kecil.

Fayyad menjeling Jelita. "Jangan nak merepek!"

•••

Tubuh Faaeq di dalam katil bayi ditepuk lembut. Sejak lahir lagi, mungkin Jelita sudah biasakan anak kecil itu tidur di katil sendiri. Jadi, ianya memudahkan kerja Asyrah untuk menidurkan Faaeq di bilik anak itu sendiri.

Sekali Lagi MemilikiWhere stories live. Discover now