Part 6

253 37 12
                                    

Selepas menidurkan Faaeq, Asyrah menuju ke dapur untuk mencuci botol susu yang telah digunakan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas menidurkan Faaeq, Asyrah menuju ke dapur untuk mencuci botol susu yang telah digunakan. Beberapa hari lepas, anak kecil itu diserang demam. Maka, dia telah membantu Jelita untuk menguruskan Faaeq jika isteri majikannya itu memerlukan apa-apa pertolongan.

Sejak daripada itu, dia sedar, menjaga anak yang masih kecil ketika demam adalah perkara yang sukar. Ianya kerana, mereka harus diberikan perhatian sepenuhnya, tidak boleh leka dalam menjaga mereka dan sentiasa harus menghadapi ragam mereka yang lain daripada biasa.

Melihat kesungguhan dan kelembutan Jelita dalam melayani Faaeq, Asyrah cukup bangga dengan wanita itu. Jelita tenang biarpun rumah bagai hendak roboh dengan jeritan dan tangisan Faaeq yang berlanjutan tanpa henti. Selepas anak kecil itu tidur pula, Jelita tak boleh ke mana-mana selain berada di samping senantiasa untuk memastikan Faaeq tidak menangis ketika sedar nanti jika dia tiada di sisi.

Hal itu telah membuka mata Asyrah juga. Sebagai seorang ibu, kesabaran itu penting. Belum lagi diceritakan bagaimana peranan Fareeq dan Jelita yang harus berjaga malam kerana Faaeq yang meragam di kala semua orang sedang lena. Dia kira bersyukur kerana Jelita membenarkan dia pulang ke rumah selepas tamat waktu bekerja biarpun dia kata, dia masih boleh menemani wanita itu sehingga tengah malam, sekurang-kurangnya selepas Fareeq pulang ke rumah.

Maka, sebelum berkahwin, harus difikirkan sedalam-dalamnya dari pelbagai aspek untuk menanggung komitmen selepas berkahwin nanti. Bukan semua orang boleh memberi komitmen yang sebaiknya untuk mempertahankan sesebuah perkahwinan.

"Faaeq dah tidur ke?" Tegur Kak Su yang sedang memotong bawang, untuk menyediakan hidangan makan tengah hari nanti.

Asyrah senyum. Botol susu yang sudah dibasuh diletak di tempat pengering.

"Dah, Kak Su. Hari ni demam dia dah makin kebah. Tak adalah meragam sangat, tu yang tak susah nak tidur." Jawab Asyrah sambil menghampiri Kak Su.

Kak Su mengangguk sambil senyum.

"Ni, Kak Su ada nampak Puan Jelita tak?" Sambil bertanya, sambil melilaukan mata mencari sosok isteri majikannya.

"Urm... rasanya tak nampak. Mungkin ada dalam bilik." Balas Kak Su yang tidak pasti dengan soalan Asyrah.

Asyrah mengangguk sahaja. "Kak Su nak saya tolong apa-apa ke? Saya tengah free ni."

"Tak perlulah, Asyrah. Dalam rumah ni ramai pembantu rumah yang boleh tolong. Asyrah tak perlu susah-susah, ya?" Tolak Kak Su dengan lembut.

Asyrah tersenyum. Selain Jelita, Kak Su juga merupakan wanita yang peramah, mudah untuk diajak berbual.

"Kak Su, kalau saya nak tanya sesuatu, boleh?" Dia seperti teragak-agak mahu membuka kata tetapi akhirnya terluah jua.

"Boleh. Asyrah nak tanya apa?"

"Tuan Fareeq tu memang selalu balik lambat ke? Tak adalah, jarang nampak dia dekat rumah walaupun hujung minggu." Asyrah memulakan soalannya.

Sekali Lagi MemilikiWhere stories live. Discover now