Membuka kunci pintu, kaki diayun masuk ke dalam rumah. Kornea mata terus terarah kepada bayi dalam Baby Cradle Swing Electric.
"Uqael..." dia menghampiri Uqael lalu dikucup pipi gebu itu.
"Uqael tengok cerita apa ni?" Tangan anak kecil itu yang tergawang-gawang di depannya ditangkap lalu digoyang-goyangkan.
"Jap, ibu mana? Kasihan Uqael duduk sorang-sorang." Kebetulan Fayyad mendengar bunyi di dapur.
"Baba nak tengok ibu dekat dapur jap. Kejap tau, sayang." Dia mengusap ubun-ubun anaknya lalu mengangkat kaki ke dapur.
Di situ terdapat Asyrah yang sedang memasak. Gadis itu masih tidak menyedari kehadirannya kerana membelakanginya.
"Masak ke tu?"
Terenjut bahu Asyrah tiba-tiba mendapati Fayyad berada di belakangnya.
"Haih, tuan ni! Cuba bagi salam dulu sebelum nak tegur." Kepala digeleng perlahan.
Fayyad tergelak kecil. "Lama lagi ke nak masak? Dah lapar ni."
"Tengah hari tadi tak makan ke?" Tangan sibuk mengacau sup ayam menggunakan senduk.
Fayyad menggeleng dengan cebikan bibir.
"Tak sempat. Banyak kerja." Kala ini, dia seperti seorang anak yang mengadu kepada ibunya.
Asyrah sembunyi senyum. "Yalah. Tuan pergilah mandi dulu. Nanti dah siap masak saya panggil."
Fayyad mengangguk. "Aku nak naik bilik rehat jap. Kepala rasa berat sangat dah ni."
"Okey."
"Masak sedap-sedap tau!" Sempat Fayyad mengusik Asyrah sebelum hilangkan diri.
Asyrah geleng kepala.
•••
Toleh ke kiri, kemudian ke kanan. Entah bagaimana dia boleh ada di sini. Namun, tempat ini begitu asing untuknya. Dia yakin, dia tak pernah sampai ke sini.
"Fayyad..."
Tubuhnya kaku serta-merta. Suara itu... dia cukup kenal suara itu. Suara yang paling dia rindukan.
Kepala dipusing ke belakang. Figura Umaira menjengah mata. Wanita itu tersenyum lembut ke arahnya.
"Umai..."
"I rindukan you, Fayyad."
Tubir mata Fayyad mula basah. Tanpa dia sedar, dia turut anggukkan kepala.
"I pun rindukan you. Setiap hari I rindukan you, Umai. I tak boleh tak ada you, Umai. I tak kuat." Rintihnya perlahan. Jelas hiba dan sendu.
"Tipu."
Wajah Fayyad berubah. "Apa... maksud you?"
"Kalau you rindukan I, you takkan kahwin dengan perempuan lain. You tipu!" Tiba-tiba Umaira menjerit.
YOU ARE READING
Sekali Lagi Memiliki
RomanceSelepas kehilangan cinta pertama, hati kembali terbuka untuk menerima cinta baru apabila dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan mereka tidak dirancang, malah awal pertemuan mereka, mereka sering bertengkar disebabkan perselisihan faham. Pantan...