Part 41

512 70 41
                                    

Pintu bilik yang tidak ditutup rapat ditolak perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu bilik yang tidak ditutup rapat ditolak perlahan. Figura seseorang di pintu gelangsar menggamit perhatian. Kaki diayun mendekati. Sama-sama menyepi sambil tenggelam dalam kepekatan malam.

Tidak seperti sebelum ini, suasana yang meriah sebagai sebuah keluarga seakan-akan lenyap. Hanya ada kesepian dan kesuraman yang mencengkam perasaan.

Sekelip mata, segala-galanya berubah. Tanpa dapat diduga, disangka dan ditebak, apa yang ada di sekeliling, tidak akan kekal. Bila tiba waktu yang ditentukan, semua itu akan hilang dan pergi.

Dehaman dilepaskan. Hujung mata mengerling Fareeq di sisi.

"Terima kasih sebab tolong aku uruskan tahlil tiga hari ni. Aku dah susahkan semua orang." Kepala menekur ke bawah. Sedar tak sedar, malam ini merupakan malam terakhir mereka mengadakan tahlil.

"Kau tak susahkan sesiapa pun. Apa guna adik-beradik kalau tak boleh bantu satu sama lain?"

Jeda.

Fayyad angkat kepala. Kembali memandang langit malam, tiada bintang mahupun bulan. Kosong dan sepi.

"Dah empat hari berlalu... sejak dia tinggalkan aku."

Fareeq memilih untuk mendiamkan diri.

"Tapi kenapa, aku rasa macam empat hari ni terlalu lama? Satu penyeksaan yang..." dia menggeleng kesal seraya melepaskan nafas berat.

"Yang cukup menyakitkan." Fayyad menyambung lirih.

Mungkin selama ini Fareeq boleh menasihati Fayyad, tetapi sekarang, dia sendiri mati kata. Dia tak pernah alami apa yang dirasakan Fayyad. Bagaimana dia mahu memberi kata semangat sesuai keadaan?

"Doktor bagitahu aku, Umai terpaksa operate disebabkan kecederaan parah. Dan kecederaan itu terjadi selepas Umai terjatuh." Doktor yang merawat isterinya ada memaklumkan perkara itu kepadanya selepas selesai menguruskan jenazah Umaira di hospital.

"Suami macam apa aku ni, aku tak tahu yang kandungan isteri aku lemah?" Soalnya, lebih kepada diri sendiri yang merasa kecewa.

Fareeq merenung sayu kepada adiknya. Sebagai seorang abang, ini kali pertama dia melihat Fayyad sesedih ini. Sedangkan lelaki itu merupakan seorang yang sentiasa gembira dan tak pernah tunjuk kesedihan.

"Kalau dia tak pergi jumpa Asyrah..."

"Kau tak boleh salahkan Asyrah sepenuhnya, Yad. Kau tak ada dekat tempat kejadian, jadi kau tak tahu apa sebenarnya yang terjadi." Laju Fareeq memintas, tidak bersetuju dengan tuduhan Fayyad.

Fayyad mendecit sinis. "Aku tahu dia marahkan Umai lepas apa yang Umai buat dekat dia. Dan mungkin disebabkan itu, dia tolak Umai. Betul tak? Kau tak rasa benda tu logik ke?"

"Kalau nak ikut logik akal semata-mata, negara tak payah susah-susah wujudkan undang-undang, Yad." Sekali lagi, dia meningkah kata adiknya.

Fayyad meraup wajah.

Sekali Lagi MemilikiWhere stories live. Discover now