Segenap pandangan dihalakan ke sekeliling. Di ruang tamu tiada, di dapur juga tiada. Figura sang isteri dicari sehingga ke pelosok rumah. Selalunya, Umaira akan menunggunya di depan pintu. Tetapi, kali ini kosong.
"Sayang!" Fayyad melaung kuat. Beg galas diletak di atas sofa lalu dia mendaki tangga ke atas.
"Mana pula pergi ni?" Fayyad menghampiri bilik mereka. Ketika dia membuka pintu, dirinya disergah kuat.
"Sayang!" Fayyad terundur langkah ke belakang.
Umaira ketawa lepas.
"Ish, I ingatkan manalah you pergi. Rupa-rupanya..."
Umaira tutup mulut yang hampir lepaskan tawa lagi. Kaki diundurkan beberapa langkah ke belakang apabila menyedari Fayyad semakin mendekati.
"Berani you sergahkan I macam tu?" Fayyad senyum senget sebelum laju dia mengejar Umaira. Umaira berlari di segenap bilik mereka.
"Tak nak, Fayyad! I gurau aje lah!" Umaira menghalang Fayyad yang mahu menghampirinya.
Fayyad yang tidak pedulikan amaran sang isteri laju meluru ke arah Umaira lalu diangkat tinggi.
"Fayyad! I beratlah!" Bahu lelaki itu ditepuk kuat seraya ketawa.
Fayyad pusing sekali dengan senyum lebar. Kemudian, dia baringkan Umaira di atas katil. Kedua-dua tangan ditongkat supaya tidak menindih Umaira.
"Siapa kata you berat?"
"I." Jawab Umaira. Bibir digigit sambil mengusap dada tegap sang suami.
"You berat sebab bawa anak kita." Perut Umaira yang sedikit membuncit disentuh.
Umaira kulum senyum.
"Lebih kurang dalam tiga bulan lagi, kita akan jumpa mini us. Betul tak?" Menyedari itu, Fayyad tak sabar-sabar. Impiannya untuk memiliki keluarga kecil dan anak-anak yang melengkapi kehidupannya, bakal menjadi kenyataan.
"You excited tak?" Walaupun Umaira tahu jawapannya, tetapi dia sengaja bertanya lagi.
"Mestilah. I tak sabar nak besarkan anak kita sama-sama." Jawab Fayyad laju. Wajahnya kelihatan bersungguh-sungguh.
Umaira senyum lebar.
"I ada berita baik untuk you."
Dahi Umaira berkerut sambil menanti bicara seterusnya daripada Fayyad.
"You ingat lagi tak kes I kemalangan langgar lari dulu?"
Umaira diam berfikir dahulu sebelum angguk kecil.
"Suspek dah kena tangkap." Beritahu Fayyad dengan teruja.
Melopong mulut Umaira. Sebak mula menghambat diri.
"Betul... ke ni?" Menggigil tangan Umaira menyentuh rahang sang suami.
Fayyad mengangguk laju. Dahi Umaira dikucup sekilas.
YOU ARE READING
Sekali Lagi Memiliki
RomanceSelepas kehilangan cinta pertama, hati kembali terbuka untuk menerima cinta baru apabila dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan mereka tidak dirancang, malah awal pertemuan mereka, mereka sering bertengkar disebabkan perselisihan faham. Pantan...