Part 60

355 113 73
                                    

Melihat sang isteri yang sedang bercakap dengan Asyrah, buat Fareeq terfikir sejenak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Melihat sang isteri yang sedang bercakap dengan Asyrah, buat Fareeq terfikir sejenak. Mengapa ketika mereka masuk tadi, yang ada hanyalah ibu dan ayah Asyrah? Di mana Fayyad? Dia yakin lelaki itu sudah tahu tentang Asyrah. Tak mungkin Fayyad masih menghilangkan diri lagi.

"Saya harap awak kuat, Asy. Saya akan selalu ada untuk awak." Jelita menggenggam tangan Asyrah, lembut. Dalam masa yang sama, dia jatuh simpati dengan nasib yang melanda birasnya. Seharusnya tidak jadi seperti ini. Tapi, siapa kita untuk menolak takdir?

Asyrah memaksa diri untuk senyum. Semalam dia tidak dapat lelapkan mata membuatkan bawah matanya semakin gelap dan membengkak kerana terlalu banyak menangis.

"Saya selalu tunjuk saya kuat. Mungkin itu sebabnya Tuhan uji saya lagi tanpa henti." Balasnya seraya tunduk kepala.

Jelita tersentap. Dia mengerling suaminya yang memerhatikan mereka.

"Saya nak ucapkan terima kasih sangat-sangat pada akak dengan Abang Eeq. Kalau akak dengan Abang Eeq tak ada, tak tahulah apa jadi dekat saya malam tu." Sehingga ke hari ini, dia tetap tak boleh lupakan malam kejadian. Malam yang cukup memberi trauma seumur hidup kepadanya.

"Kami cuba bantu apa yang kami mampu, Asy. Macam saya cakap, saya akan selalu ada untuk awak."

Asyrah menyepi. Jauh di sudut hati, dia terharu dengan bait bicara Jelita. Dari awal lagi, Jelita dan Fareeq memang banyak membantunya. Mereka adalah orang-orang baik.

Fareeq berdeham, sekali gus menghentikan perbualan isterinya dengan Asyrah.

"Abang keluar kejap." Pintanya sebelum mengorak langkah keluar dari situ.

Pandangan mata terus teralih kepada seseorang yang duduk tidak jauh daripada wad Asyrah. Figura itu duduk di bangku dengan belakang kepala disandarkan di dinding.

"Yad..." Fareeq mengejutkan adiknya yang terlelap.

Sepi.

"Yad..." panggilnya lagi dengan tangan yang menyentuh perlahan bahu Fayyad.

Fayyad buka matanya sebelum melihat Fareeq di depan mata. Pantas dia betulkan duduknya lalu menggosok mata.

"Eeq... bila sampai?" Soalnya dengan suara yang serak.

Fareeq duduk di sisi adiknya. "Baru aje lagi. Tapi, aku tak nampak pun kau duduk sini waktu aku masuk dalam tadi."

"Aku balik rumah kejap salin baju lepas tu tengok Uqael dekat rumah kau. Patutlah Kak Su cakap kau dengan Jelita awal lagi dah keluar." Balas Fayyad. Berkerut-kerut mukanya menahan kantuk. Semalaman dia duduk di dalam kereta di depan hospital hanya kerana tak mahu pulang ke rumah. Dia mahu berada di sisi Asyrah biarpun jauh dan tanpa pengetahuan wanita itu.

"Kenapa tak masuk dalam?" Fareeq pula menyoal dalam nada hairan.

Fayyad senyum tipis, kelihatan pahit.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 11 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sekali Lagi MemilikiWhere stories live. Discover now