Part 10

289 41 9
                                    

Terhias senyuman di bibir ketika sepasang matanya bertembung dengan seseorang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terhias senyuman di bibir ketika sepasang matanya bertembung dengan seseorang. Tanpa sedar, figura itu menghampiri. Tidak betah terus melawan, pandangan dihalakan ke bawah. Nafas berubah gugup.

"Dari mana?"

"Baru lepas solat. Tuan dari pejabat?"

Fayyad menggeleng. "Aku ada urusan di luar tadi."

Asyrah mengangguk beberapa kali.

"Tuan dah sihat?"

Fayyad pula mengangguk. "Dah. Terima kasih jagakan aku hari tu."

"Benda kecil aje, tuan. Lagipun kebetulan Puan Jelita suruh hantar makanan pada tuan."

"Oh, ya! Sebenarnya saya nak minta maaf. Disebabkan saya, tuan kena hujan lepas tu sakit. Saya minta maaf, ya?" Asyrah tunduk sedikit, tanda maaf.

"Kenapa nak minta maaf pula? Dah nak kena, kan? Jaga macam mana pun kalau nak kena mesti kena. Anggap aje lah kau dah minta maaf dengan jagakan aku hari tu." Balas Fayyad, bernada biasa.

Asyrah senyum tipis.

"Dah makan?" Soal Fayyad.

Asyrah menggeleng.

"Jom makan sekali. Aku pun baru nak makan."

Dia mahu menolak tetapi melihat wajah Fayyad yang penuh mengharap, Asyrah terpaksa menurut. Dia bukan apa, takut tak termakan apabila berdepan dengan Fayyad nanti. Sejak dua menjak ini, kerap betul dia rasa gugup apabila Fayyad ada. Bagaimana dia mahu beriak normal ketika makan nanti?

Mereka berdua turun ke bawah bersama-sama. Tiba di ruang makan, Asyrah mengambil tempat di hadapan Fayyad. Dia mahu mengambil nasi untuk diceduk ke dalam pinggan tetapi Fayyad terlebih dahulu mencapainya. Lelaki itu menceduk nasi ke dalam pinggannya membuatkan Asyrah terkaku.

"Cukup?"

"Ah, ya! Cukup!" Laju Asyrah menjawab, gelabah.

"Nak lauk apa?"

"Eh, tak apa! Saya boleh ambil sendiri." Tolak Asyrah lembut. Sungguh, dia dapat rasakan wajahnya membahang malu.

Fayyad angguk akhirnya.

Asyrah melilaukan mata ke sekeliling.

"Kau cari Jelita ke? Dia tak ada. Dia pergi hantar makanan untuk Eeq dekat pejabat. Dia bawa Faaeq sekali." Fayyad seperti tahu tanda tanya yang bermain di fikiran Asyrah terus menjawab.

Asyrah mengangguk perlahan. Dia baru mahu mengangkat tangan untuk membaca doa, Fayyad sudah dahulu menyuap makanan ke mulut. Lelaki itu turut terkebil-kebil melihat Asyrah.

Fayyad berdeham. "Sorry." Dia menghentikan suapan lalu angkat tangan untuk membaca doa.

Asyrah senyum tipis.

Sekali Lagi MemilikiWhere stories live. Discover now