Part 27

270 43 25
                                    

Umaira bangkit dari sofa lalu menuju ke muka pintu setelah mendengar deruman kereta di luar, menandakan Fayyad sudah pulang dari kerja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Umaira bangkit dari sofa lalu menuju ke muka pintu setelah mendengar deruman kereta di luar, menandakan Fayyad sudah pulang dari kerja. Dia yang sudah bersedia di sebalik pintu, penuh kesabaran menunggu suaminya masuk.

Fayyad membuka kunci pintu lalu pintu ditolak ke dalam.

"Baaa!" Umaira menyergah Fayyad membuatkan lelaki itu tersentak.

"Sayang, terkejut I!" Fayyad mengurut dada sambil gelengkan kepala.

Umaira tergelak.

"You buat apa dekat belakang pintu?" Fayyad menutup pintu lalu menarik Umaira rapat ke dadanya.

"I tunggu you balik. You singgah rumah Abang Eeq ke?" Umaira menyentuh dada suaminya, mereka sama-sama mendekati sofa.

Fayyad mengangguk. "Tapi sekejap aje."

"You makan dekat sana?"

Fayyad labuhkan duduk di atas sofa. Kepala disandarkan pada penyandar sofa.

"Tak pun. You kata you ada masak malam ni. I tak adalah makan." Jawab Fayyad sambil katupkan mata.

"Walaupun I lapar tengok Jelita masak malam ni, tapi I lebih excited nak rasa masakan isteri I."

Umaira menggigit bibir menahan senyum. Terharu jugalah dia kerana Fayyad sanggup tak makan dekat rumah semata-mata hendak makan masakannya.

"Kalau macam tu, you kena pergi mandi dulu. Lepas tu kita makan." Umaira sudah membuka butang baju kemeja suaminya.

Fayyad menggeleng. Dia buka mata lalu membalas renungan isterinya.

"I nak makan dulu baru mandi. Lapar ni..." Fayyad mencebik meminta simpati.

Terlepas tawa di bibir Umaira. "Yalah. Jom makan."

"Nice!" Fayyad pantas bangkit dari duduk lalu menuju ke ruang makan.

Di atas meja, telah terhidang beberapa hidangan makan malam seperti sup ayam, sayur tumis dan ayam goreng. Terdapat juga beberapa potong buah oren.

"Wah, nampak sedap semuanya!" Fayyad sudah tarik kerusi untuk duduk.

Umaira menyeduk nasi ke pinggan Fayyad sebelum turut labuhkan duduk.

"Tak apa, biar I cedukkan lauk untuk you." Fayyad menghalang tangan Umaira yang mahu menyeduk sup ayam untuknya.

Umaira senyum. "Thank you."

Selepas membaca doa makan, Fayyad mulakan suapan pertama. Seketika, dia tersentak.

"Kenapa, sayang? Sedap tak?" Menyedari riak muka Fayyad, Umaira jadi tertanya-tanya. Okey ke tidak masakannya?

Fayyad mengalihkan mata ke arah Umaira. Nasi ditelan perlahan. "Sedap! Sedap sangat, sayang!" Dia mengusap pipi isterinya menggunakan tangan kiri.

Sekali Lagi MemilikiWhere stories live. Discover now