Tangan membuka butang baju sehingga separuh sambil menghalakan mata ke arah figura isteri yang berdiri di balkoni. Seraut wajah itu hanya sugul tidak berseri. Bukan baru hari ini, tetapi telah beberapa hari berlalu, dan keadaan Umaira masih sama. Apabila ditanya, wanita itu enggan menjawab.
"Sayang..." Fayyad menghampiri Umaira lalu memeluk tubuh itu dari belakang. Kepala disandarkan di bahu sang isteri.
Umaira tersedar dari lamunan. Sedikit demi sedikit senyumnya terukir.
"Bukan ke ibu mengandung tak elok stres?" Fayyad angkat kening seraya menjenguk wajah Umaira.
Umaira diam.
Fayyd mengucup pipi sang isteri. "Janganlah fikir bukan-bukan. Kasihan anak kita nanti, mama dia asyik stres aje."
Umaira pusing badan menghadap Fayyad. Tanpa suara, dia merenung ke dalam mata suaminya.
"Umai..."
"Do you love me?" Soalan Umaira menghentikan suara Fayyad.
"Kenapa tanya macam tu? Kalau I tak sayang, I tak kahwin dengan you. Kita akan ada anak-anak sama-sama, sayang."
Umaira meneguk liur kasar. Sejak kejadian di rumah Fareeq, dia masih tak boleh lupakan tindak tanduk Asyrah yang sangat mencurigakan. Dia yakin, ada sesuatu yang disembunyikan Asyrah.
"You sendiri tahu macam mana I happy bila dapat tahu you mengandung. I janji, nanti kita celebrate sama-sama, just the two of us." Tangan Umaira dicapai lalu dikucup lembut.
Umaira palingkan wajah ke tepi.
"Umai, kalau you nak tahu, I dah fikir macam-macam untuk anak kita nanti. I dah rancang macam-macam. Dan I tak sabar nak buat semua tu dengan you." Fayyad cuba menggamit perhatian Umaira semula. Tak mahu isterinya mengelamun lagi.
"What if... kita tak sempat buat semua tu?"
Wajah Fayyad berubah. "Apa maksud you? Kita ada seumur hidup, Umai."
Umaira menggeleng seraya tundukkan wajah. "Kita tak tahu apa akan jadi nanti, Fayyad. Kalau... kita tak mampu pertahankan rumahtangga kita nanti, macam mana? Kalau... you suka orang lain macam mana? You sendiri tahu perkahwinan kita masih awal."
Fayyad mengerut kening tidak mengerti. "Umai, sejak I ada you, I tak ada perempuan lain. You nampak kan, I dah tak pergi kelab. I dah tak minum. I dah buang semua contact perempuan."
"Termasuk Asyrah?"
Fayyad terkedu. Nama yang disebut Umaira, kedengaran berbeza dari biasa.
"I tak faham apa you cuba sampaikan."
Umaira mendengus kecil. Tangannya yang digenggam Fayyad direntap perlahan.
"You tak nampak ke?"
"Nampak apa?" Soal Fayyad bingung.
YOU ARE READING
Sekali Lagi Memiliki
RomanceSelepas kehilangan cinta pertama, hati kembali terbuka untuk menerima cinta baru apabila dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan mereka tidak dirancang, malah awal pertemuan mereka, mereka sering bertengkar disebabkan perselisihan faham. Pantan...