Perlahan langkah dibawa memasuki sebuah kelab malam. Mata meliar ke segenap ruang seperti mencari sesuatu. Bukan baru hari ini dia bertindak begini. Sejak empat tahun lepas lagi. Dia akan ke sini jika dia mahu bertemu seseorang.
Liur diteguk payah ketika sepasang matanya menangkap sekujur tubuh seorang lelaki yang sedang duduk bersandar santai. Kiri dan kanan lelaki itu dikepit oleh dua orang wanita. Mereka bergelak tawa seperti menikmati waktu bersama-sama tanpa mempedulikannya yang daripada tadi memerhati.
Berat kaki diayun mendekati. Tangan digenggam kuat membentuk kekuatan. Helaan nafas menjadi sesak apabila dia semakin menghampiri lelaki tadi. Gegendang telinga semakin mendengar jelas suara mereka yang sedang berseronok.
"Fayyad Asyraf..." suara halusnya memanggil nama itu.
"Fayyad..."
"Nama I, Fayyad Asyraf..." dia seperti dapat dengar suara lelaki itu perkenalkan namanya ketika kali pertama mereka berkenalan. Perkenalan tanpa sengaja, yang membawa dia ke hari ini. Siapa tahu, perkenalan singkat itu memberi makna untuk dia sehingga boleh bertindak bodoh? Mengapa bodoh?
Fayyad agak terkejut melihat kemunculan gadis yang tidak disangka. Pantas dia bangun dari duduk. Dua orang wanita yang duduk di sisinya memandang aneh kepada mereka.
"You... you buat apa dekat sini?" Jelaslah dia tak menyangka kehadiran gadis itu setelah sebulan dia hilang tanpa jejak. Ya, dia hilang tanpa pengetahuan gadis itu. Mungkin itulah punca gadis itu ada di sini.
"I cari you. Ke mana you menghilang selama ni?" Dia meliarkan mata ke sekeliling. Kiri dan kanannya dihiasi dengan keramaian orang. Muzik yang nyaring juga menghuni tempat ini. Dia sering ke tempat begini untuk mencari Fayyad tetapi dia tak pernah selesa akan suasana seperti ini.
Fayyad mendecit kasar. Terus lelaki itu menghampirinya lantas ditarik pergelangan tangannya. Fayyad mengheretnya keluar.
"Fayyad, sakitlah... lepas!" Dia cuba merentap tangannya tetapi Fayyad buat tidak endah.
Fayyad melepaskan tangan gadis itu ketika mereka sudah berada di luar kelab malam tersebut.
"Kenapa you ada dekat sini?!" Soal Fayyad kasar.
"I cari you. Sebulan you menghilang. I call you tak jawab. I mesej you tak balas!" Balasnya dengan suara yang sedikit meninggi di akhir katanya.
"Tak faham-faham lagi ke? Kalau I tak jawab call, tak balas mesej, maksudnya I tak nak jumpa you!" Suara Fayyad ternaik seoktaf.
Gadia itu tampak terkedu. Dia mengundurkan beberapa langkah ke belakang. Mula gerun dengan tingkah Fayyad yang diselimuti kemarahan.
"Berapa kali I nak cakap? Jangan call I, jangan text I selagi I tak cari you! Kita takkan berjumpa kalau I tak cari you dulu, faham?!" Berkali-kali dia berpesan kepada gadis itu tetapi tetap saja tidak didengari. Arahan yang cukup mudah pun terlalu sukar hendak dituruti.
YOU ARE READING
Sekali Lagi Memiliki
RomanceSelepas kehilangan cinta pertama, hati kembali terbuka untuk menerima cinta baru apabila dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan mereka tidak dirancang, malah awal pertemuan mereka, mereka sering bertengkar disebabkan perselisihan faham. Pantan...