Sambil menunggu, membawa rasa resah dan takut yang bercampur-baur. Hati tidak tenang malah tak tentu arah memikirkan nyawa yang sedang bertarung di dalam. Bukan seorang, tetapi dua orang yang perlu diselamatkan.
Terdengar dengusan kuat tidak jauh daripadanya, Asyrah perhati. Dia boleh nampak dengan jelas, lelaki itu runsing.
"Sabar, ya Asy? Umai akan selamat." Jelita yang setia di sisi Asyrah, memberi semangat. Biarpun dia juga tidak pasti, tetapi dia yakin dengan kekuasaan Allah.
Asyrah ukir senyum kelat. Pada saat ini, untuk bersuara pun payah. Dia ada menelefon Encik Asri dan Puan Asmida untuk memberitahu tentang Umaira. Kata mereka, mereka akan gerak pagi esok untuk ke sini kerana telah lewat malam. Begitu juga mak dan abah Fayyad.
Apabila mereka leka melayani perasaan masing-masing, pintu bilik pembedahan yang tertutup tadi mula terbuka.
Fayyad angkat muka. Tubuh bangkit laju menerpa ke arah doktor.
"Doktor, isteri saya? Macam mana?" Disebabkan terlalu takut, susun katanya juga berterabur.
Doktor tersebut memandang ke arah Fayyad. Lama.
"Doktor..."
"Alhamdulillah, Puan Umaira selamat lahirkan bayi lelaki."
Semua yang berada di situ mengucap syukur termasuk Asyrah yang berdiri tidak jauh daripada Fayyad, bersama Jelita di sisi.
"Disebabkan bayi encik adalah bayi pramatang, kami terpaksa bawa ke ICU untuk rawatan yang lebih terperinci dan pemantauan yang lebih kerap. Kami akan terangkan kemudian tentang penjagaan bayi pramatang." Maklum doktor tersebut, memandang satu per satu wajah di depan mata.
Fayyad mengangguk mengerti. "Terima kasih, doktor. Isteri saya? Macam mana, doktor? Dia selamat, kan?" Dia masih tidak berhenti menanyakan keadaan Umaira. Itu yang paing dia mahu tahu.
"Saya minta maaf, tuan. She can't survived. We've tried our best." Ucao doktor tersebut, kesal seraya menggeleng lemah.
Wajah Fayyad berderau. Jantung berdegup laju. Nasib baik ada Fareeq di sisi, jika tidak, mungkin dia akan rebah.
"Innalillahiwainnailaihirojiun..." Fareeq bersuara perlahan.
Asyrah menekup mulut sendiri. Pandangannya mula kabur. Tak, dia tak percaya!
Umaira masih hidup. Ya, Asyrah yakin.
Namun, melihat Jelita yang memeluk tubuhnya membuatkan dia mahu tumbang.
Fayyad meraup muka bersama tubir mata yang mula basah. Kepala menggeleng perlahan.
"Tak, isteri saya hidup lagi. Saya yakin dia hidup! Saya nak pergi tengok!" Fayyad mahu meluru masuk ke bilik pembedahan tersebut tetapi laju dihalang Fareeq.
"Aku nak pergi tengok isteri aku! Tepilah!" Dia cuba menolak tubuh Fareeq. Namun, memikirkan kudratnya yang hampir hilang selepas menerima berita tersebut, dia terundur ke belakang.
YOU ARE READING
Sekali Lagi Memiliki
RomanceSelepas kehilangan cinta pertama, hati kembali terbuka untuk menerima cinta baru apabila dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan mereka tidak dirancang, malah awal pertemuan mereka, mereka sering bertengkar disebabkan perselisihan faham. Pantan...