"Hah, tu macam Yad dah sampai!" Ujar Encik Farid yang berada di ruang tamu. Mereka sedang menunggu tetamu yang akan dibawa oleh Fayyad.
Puan Insyirah dan Jelita sudah bangun.
"Mak Su dah sampai ke?" Fatima menyampuk teruja. Dia yang berada di riba Fareeq terus turun ke bawah.
"Jom kita pergi sambut." Ajak Fareeq sambil memimpin tangan Fatima.
Pintu rumah dibuka dari luar. Figura Fayyad dan seorang gadis di sisi menggamit perhatian mereka.
"Hah, sampai pun bakal pengantin kita ni!" Ujar Puan Insyirah disambut tawa mereka semua.
"Mak, kenapa cakap macam tu? Malu Umai nanti!" Fayyad kemam bibir yang mahu senyum apabila melihat wajah membahang malu gadis itu.
"Apa? Betul apa mak cakap? Ini bakal menantu mak, kan?"
"Assalammualaikum, mak cik." Umaira maju selangkah ke depan lalu menghulur tangan untuk bersalam.
"Wa'alaikumussalam." Lengan Umaira diusap lembut.
"Puan Jelita..." Umaira menyalami tangan Jelita pula.
"Panggil aje Jelita. Kita kan nak jadi satu keluarga." Jelita mengenyit mata mengusik.
"Masuklah. Kita sembang dekat dalam." Pelawa Fareeq sambil memberi ruang kepada tetamu mereka untuk masuk.
"Sebelum tu, I tahu you dah kenal keluarga I tapi I kenalkan lagi sekali. Yang ini, abah I..." Fayyad mengunjuk ke arah Encim Farid yang berada di sisi Puan Insyirah.
"Pak cik apa khabar?" Ramah Umaira bertanya sekadar berbasa-basi.
"Khabar baik, Alhamdulillah." Jawab Encik Farid ramah.
"Yang ini pula, mak I." Giliran Puan Insyirah pula diperkenalkan.
Umaira menunduk hormat ke arah Puan Insyirah.
"Yang ni abang I, Fareeq, dan kakak ipar I, a.k.a bestfriend I, Jelita." Sempat dia memanggil Jelita dengan gelaran lain.
Jelita senyum senget sambil buat gaya peace menggunakan jari telunjuk dan jari tengah.
Umaira ketawa kecil.
"Duduk dulu, Umai. Banyak benda kita nak sembang ni." Puan Insyirah laju menyenggol lengan Umaira lalu membawa gadis itu duduk di ruang tamu.
Fayyad di belakang hanya mampu menggelengkan kepala.
"Umai orang mana?"
Encik Farid mendekati Fareeq dan Fayyad. "Tengoklah mak kamu tu. Dah mula dah sesi soal siasat dia."
Mereka hanya mampu ketawa dengan seloroh abah mereka.
YOU ARE READING
Sekali Lagi Memiliki
RomanceSelepas kehilangan cinta pertama, hati kembali terbuka untuk menerima cinta baru apabila dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan mereka tidak dirancang, malah awal pertemuan mereka, mereka sering bertengkar disebabkan perselisihan faham. Pantan...