Part 47

704 94 90
                                    

"Cik Asyrah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cik Asyrah..."

Kepala terangkat seraya senyum diukir tipis. Tubuh bangkit dari duduk.

"Ini baju nikah yang Encik Fayyad minta untuk Cik Asyrah pakai. Cik boleh cuba dulu." Ujar staf wanita itu sambil menunjuk bilik persalinan.

"Urm... Encik Fayyad tak datang, ya?" Bukan dia tak mahu menghubungi lelaki itu tetapi Fayyad seakan-akan menghilang selepas mereka pulang dari kampungnya. Rumah Fareeq pun lelaki itu tak datang lagi.

Staf wanita itu menggeleng. "Encik Fayyad minta cik aje yang cuba baju nikah. Bahagian dia, dia nak terus pakai waktu nikah nanti."

"Encik Fayyad ada tempah baju nikah juga?" Aneh. Lelaki itu telah mempunyai baju melayu putih semasa pernikahannya bersama Umaira. Mengapa mahu ditempah lagi?

"Ada. Encik Fayyad ada tempah baju melayu putih dengan set sampin sekali." Jawab staf wanita itu lagi.

Asyrah terdiam. Adakah kerana Fayyad tak sudi memakai baju yang sama ketika pernikahan mereka?

"Cik..."

Lamunan Asyrah terhenti. Dia kembali memandang staf wanita tersebut.

"Ya..."

"Cik boleh cuba dekat sini." Pelawa gadis itu sambil persilakan Asyrah.

Asyrah angguk. Baju di tangan dibawa masuk ke dalam bilik persalinan.

Berdiri di depan cermin, baju kurung berwarna putih bersama manik-manik kecil menjadi tatapan mata. Kosong. Bukankah sepatutnya bakal pengantin berasa bahagia dan tidak sabar menanti hari yang bakal menjadi sejarah seumur hidup? Tapi, mengapa Asyrah rasa kosong? Usahkan gembira, hendak tersenyum pun payah.

Tangan menyentuh baju yang dipakai. Apa gunanya baju yang terlihat mewah dan elegan, jika hati tidak gembira?

Walaupun dari mata kasar, dia terlihat sangat cantik dengan kulit yang putih bersih, dipadan pula dengan baju kurung yang menyerlahkan keanggunannya. Namun, wajah itu, tiada serinya.

"Mungkin inilah kot perasaan kahwin dengan hak milik orang." Ujarnya, menyindir diri sendiri.

"Apalah nasib kau, Asy? Kahwin sebab terpaksa, bakal suami pula menghilang tiba-tiba, try baju nikah pun sorang-sorang. Malang ya nasib kau..." Dia membebel sendiri di depan cermin. Sukar sekali untuk sembunyikan perasaan sedih.

"Cik!"

Asyrah tersentak. Cepat-cepat dia betulkan tudung di kepala, buat-buat sibuk.

"Ya." Sahutnya perlahan.

"Cik okey ke dekat dalam? Baju okey ke?"

"Okey, semuanya okey!" Pantas Asyrah menjawab.

"Baguslah kalau macam tu. Saya akan maklumkan pada Encik Fayyad nanti, ya?"

Sekali Lagi MemilikiWhere stories live. Discover now