Part 11

284 38 19
                                    

Deringan telefon mengalihkan perhatiannya yang fokus pada pemanduan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Deringan telefon mengalihkan perhatiannya yang fokus pada pemanduan. Biarpun jalan raya kelihatan lengang, masih terdapat beberapa buah kereta yang bergerak mengikut haluan masing-masing. Hampir menjengah tengah malam, suasana di bandar masih meriah seperti di siang hari.

Hati terdetik tanda tanya apabila nama yang tertera di atas skrin dibaca. Tidak menunggu lama, terus diangkat panggilan tersebut.

"Lambatnya angkat call." Suara di hujung talian kedengaran tidak puas hati.

"Tak, abang pelik Jelita tiba-tiba call abang. Rasanya sebelum abang keluar pejabat tadi pun Jelita call. Kenapa, sayang? Ada apa-apa ke?" Sejak isterinya mengandung, dia harus berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk termasuk percakapannya. Pembawakan budak membuatkan isterinya agak sensitif.

"Kenapa? Kena tunggu ada apa-apa dulu baru boleh call ke? Nak call suami sendiri pun tak boleh?" Bentak Jelita laju.

"Bukan macam tu, sayang. Abang cuma risau kalau ada apa-apa jadi." Jawab Fareeq tenang sambil meliarkan mata ke jalan raya.

"When will you be home?" Soal Jelita, tidak menghiraukan kata-kata suaminya tadi.

Fareeq mengerling jam tangan.

"Around 15 minutes." Jawab Fareeq ringkas.

"I don't like your tone, Fareeq Isyraf." Ujar Jelita, bernada keras.

"I'll be home around 15 minutes, ma'am." Jawab Fareeq semula, lebih lembut dan bernada.

"Good. You better keep your promise!" Tanpa menunggu balasan Fareeq, Jelita terus matikan talian.

Fareeq mengusap dada yang berdebar laju. Nafas dihela perlahan. Mulalah tubuhnya rasa seram sejuk. Dia yakin mood Jelita kurang baik hari ini.

Pedal minyak ditekan. Walau apa pun jadi, dia harus berada di rumah dalam masa lima belas minit sebelum isterinya bertukar menjadi singa jadian.

•••

Fareeq memberi salam ketika membuka pintu rumah. Hampir gugur jantung apabila figura Jelita sudah terpacak di depan mata dengan renungan tajam. Kalau begini hari-hari, mungkin sampai waktu dia akan berada di hospital kerana serangan jantung. Sudahlah Jelita memakai baju berwarna putih.

"Sayang, terkejut abang! Sayang buat apa berdiri dekat sini?" Fareeq menutup pintu lalu mendekati Jelita.

"Tunggu suami balik." Balas Jelita tanpa nada. Dia mendongakkan kepala membalas tatapan Fareeq.

Fareeq senyum tipis. Tubuh sang isteri di bawa ke dalam pelukan. Wajah ditenggelamkan di celah leher Jelita yang berlapik tudung.

"Abang rindu Jelita."

"Kalau rindu, kenapa balik lambat? Abang asyik balik lewat dua tiga hari ni." Rungut Jelita dengan bibir yang dicebik.

"Biasalah, sayang. Bila ada kes, macam-macam benda nak kena buat. Abang janji, lepas aje selesai kes yang abang tengah uruskan ni, abang bawa Jelita pergi bercuti. Dengan anak-anak sekali." Tutur Fareeq, lembut. Cuba memujuk sang isteri.

Sekali Lagi MemilikiWhere stories live. Discover now