Part 23

270 43 23
                                    

Pandangan mata terarah kepada Puan Asmida dan Encik Asri yang sedang duduk santai di pangkin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pandangan mata terarah kepada Puan Asmida dan Encik Asri yang sedang duduk santai di pangkin. Derapan kaki mendekati ke situ. Terlihat ibunya sedang mengupas buah pelam.

"Uish, ibu kopek buat pelam? Kecur liur tengok!" Tegur Asyrah yang duduk di sebelah Encik Asri. Lelaki itu menyisip teh panas yang dibuat isterinya tadi.

"Ibu ingat Asy tidur. Daripada pagi asyik terperap aje dalam bilik."

Asyrah saling berpandangan dengan Encik Asri. Dia sendiri tak tahu pukul berapa dia masuk tidur semalam. Itu yang terlajak sehingga ke tengah hari, memandangkan dia tak boleh solat.

Asyrah sengih. "Semalam Asy tak boleh tidur." Jawabnya, memberi alasan.

"Biarlah dia, penat balik tak habis lagi lah tu." Sampuk Encik Asri seraya menggosok atas kepala Asyrah yang berlapik tudung sarung.

Asyrah senyum tipis.

Potongan buah pelam disumbat ke mulut sambil menahan masam. "Urm... sedapnya, ibu!"

"Dah lama rasanya tak makan buah pelam!"

"Kalau macam tu, makan banyak-banyak." Ujar Encik Asri sambil senyum melihat anaknya. Dia tahu Asyrah masih bersedih tetapi gadis itu bijak sembunyikan perasaan. Sebagai seorang ayah, dia akan lakukan apa saja untuk anaknya.

"Semalam ada orang telefon Asy, siapa dia?" Puan Asmida membuka cerita sambil menyuap buah pelam ke mulut.

Terhenti kunyahan Asyrah. Tersekat seketika buah pelam yang melalui rengkungnya.

"Kawan."

"Lelaki ke perempuan?" Nada suara Puan Asmida jelas teruja.

"Ish, awak ni, As! Tak payah sibuklah kawan Asy. Takkan semua benda anak kita kena bagitahu, kan? Privasi." Laju Encik Asri meningkah soalan isterinya.

"Ala, saya cuma nak tahu aje!" Mencebik mulut Puan Asmida apabila ditegur sang suami.

Asyrah senyum kecil melihat telatah ibu dan ayahnya.

"Kawan perempuan, ibu." Tipu Asyrah. Dia tahu dia tak sepatutnya bercakap bohong, tetapi pilihan apa lagi yang dia ada? Takkan hendak mengaku pula?

Puan Asmida mengangguk sahaja.

"Oh, cakap pasal kawan... Umai dah nak kahwin, kan?" Tiba-tiba Encik Asri teringat tentang sahabat baik anaknya yang pernah menghuni kampung mereka suatu waktu dulu.

"Ya, ayah. Kurang dua bulan macam tu." Tak sangka, masa berlalu dengan begitu pantas. Ini bermakna, dia semakin menghampiri ujian terbesar dalam hidupnya. Entah dia sanggup hadapi atau tidak.

"Nanti kami kena ke sana lah, kan? Untuk majlis dia nanti."

Asyrah mengangguk. "Nanti, lebih kurang tiga hari sebelum majlis, Asy jemput ibu dengan ayah."

Sekali Lagi MemilikiWhere stories live. Discover now