Fath Isyraq. Nama yang diberi untuk anak ketiga Jelita dan Fareeq. Jelita selamat melahirkan pada pagi tadi. Meski pun ia bukan kali pertama, setiap kali itu, Fareeq tetap akan risau keselamatan dan kesihatan isterinya. Bahkan, ketika keluarganya sibuk melihat bayi mereka, dia terlebih dahulu memeriksa keadaan isterinya.
Jelita senyum kecil tatkala Fareeq tidak henti merenungnya.
"Kenapa abang tengok Jelita macam tu? Jelita tengah buruk ni." Adakah patut Fareeq tersenyum-senyum melihatnya sedangkan dia baru lepas melahirkan. Masih lesu dan wajah pucat.
Fareeq menggeleng. "Jelita tahu tak, bila waktu Jelita paling cantik?" Kening isterinya yang berkerut-kerut sakit ketika bergerak sedikit disentuh.
"Bila?"
"Waktu Jelita melahirkan."
Jelita terdiam. Mata mereka saling bersabung.
"Abang doakan, Allah hapuskan dosa Jelita sebab dah bahagiakan abang dan sudi lahirkan anak-anak abang." Lanjut Fareeq lagi.
Tubir mata Jelita berair. Fareeq tak pernah tak buat dia tersentuh. Setiap kata-kata lelaki itu, bahkan tindakan lelaki itu, sering menggetarkan seluruh jiwa.
"Abang tahu, pregnancy kali ni agak teruk untuk Jelita. Jelita selalu alahan, muntah-muntah, tak larat, tak bertenaga macam waktu mengandungkan Fatima dan Faaeq."
"Dan untuk tu, abang ucapkan terima kasih atas segala pengorbanan Jelita." Fareeq bertindak mengucup dahi isterinya.
Sebagai seorang isteri, ucapan penghargaan daripada sang suami adalah suatu yang paling membahagiakan. Tiada tandingannya. Dihargai, disayangi dan dicintai sebaik mungkin. Hanya itu yang dimahukan oleh seorang wanita. Jelita Adra tidak terkecuali.
"Kalau macam ni layanan abang, Jelita rasa macam nak ada anak lagi." Usik Jelita sambil ketawa perlahan.
Fareeq tercengang. Orang tengah serius, boleh pula dia bergurau!
"Abang rasa, buat masa ni cukuplah tiga orang, sayang. Kasihan isteri abang ni." Pipi Jelita dielus lembut.
Jelita menggeleng. "Jelita tak rasa membebankan pun, abang. Jelita seronok sebab sepanjang Jelita mengandung, abang layan Jelita baik sangat. Abang ikut aje apa yang Jelita nak. Abang tak pernah merungut, mengeluh, ataupun marahkan Jelita." Memori beberapa bulan kebelakangan ini bermain di fikiran. Rasa macam masa cepat sangat berlalu, mereka telah memiliki tiga orang anak.
"Sebab Jelita isteri abang." Jawab Fareeq, penuh makna kata-katanya.
Pada zaman sekarang, ramai wanita menghadapi rumahtangga yang toksik. Dilayan buruk oleh sang suami. Bahkan, didera mental dan fizikal. Bagi Fareeq, lelaki seperti itu adalah lelaki yang tidak tahu makna seorang isteri. Kalau mereka tahu, pasti mereka akan menghargai sebaik mungkin. Kerana pengorbanan isteri pun tidak kurang hebatnya.
YOU ARE READING
Sekali Lagi Memiliki
RomanceSelepas kehilangan cinta pertama, hati kembali terbuka untuk menerima cinta baru apabila dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan mereka tidak dirancang, malah awal pertemuan mereka, mereka sering bertengkar disebabkan perselisihan faham. Pantan...