Part 17

299 37 30
                                    

"Pak su!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Pak su!"

Fayyad mendepakan tangan ketika Fatima dan Faaeq berlari ke arahnya. Setelah sebulan dia tidak berjumpa dengan mereka, rasa rindu tidak mampu dinafikan. Sebelum ini, kehidupannya dipenuhi dengan telatah dan gelak tawa mereka. Tanpa mereka, dia rasa sunyi.

"Prince and princess pak su!" Fayyad memeluk Fatima dan Faaeq dengan erat. Ubun-ubun mereka dikucup bertalu-talu.

"We miss you, pak su!" Ujar Fatima, disambut anggukkan Faaeq. Tidak sempat Fayyad mahu masuk rumah, mereka sudah menyerbu dahulu.

"Pak su pun rindu juga!"

"Fatima, Faaeq, bagilah pak su masuk dulu. Kasihan pak su baru balik." Sampuk Jelita yang berada di muka pintu. Asyrah turut di sisi Jelita, memerhati tingkah bapa dan anak saudara.

"Masuklah, pak su. Mama masak banyak tau untuk pak su. I tolong mama sekali!" Pelawa Fatima sambil menarik hujung jari Fayyad sehingga masuk ke dalam rumah.

"Tolonglah sangat! You tolong menyibuk, kan?" Bidas Jelita yang membantu suaminya mengambil barang-barang Fayyad.

Fatima sengih. Dia berlari mendapatkan Fareeq di muka pintu.

"Pak su... pergi... mana?" Sepatah demi sepatah kata dilontarkan oleh Faaeq dengan mata membundar meminta jawapan.

Fayyad senyum sambil menggendong Faaeq. "Pak su ada work." Jawabnya bernada biasa. Bukan berniat untuk berbohong, tetapi Faaeq terlalu kecil untuk tahu hal dewasa.

Faaeq mengangguk mengerti.

Ketika Fayyad melalui Asyrah yang berdiri di suatu sudut, dia menghulur senyum.

"Selamat pulang, tuan." Ucap Asyrah sambil membalas senyuman Fayyad.

"Terima kasih. Aku gembira tengok kau ada dekat sini."

Asyrah mengangguk. "Mestilah. Saya menyambut kepulangan tuan."

"Eh, kejap!" Fayyad menoleh ke arah Fareeq.

"Eeq, purse aku dekat mana? Kau simpan, kan?"

"Oh, ya! Ada dalam dashboard kereta." Fareeq yang sedang mendukunh Faaeq menjawab.

"Tak apalah, biar aku ambil."

"Biar saya pegang Faaeq." Pintas Asyrah ketika dia melihat Fayyad mahu keluar untuk ke kereta.

"Terima kasih." Fayyad menyerahkan Faaeq kepada Asyrah lalu dia menuju ke pintu rumah.

Dia bergerak ke kereta Fareeq. Dashboard kereta dibuka. Dompet yang dicarinya dicapai. Namun, entah di mana silap, sebuah kertas yang dilipat dua, terjatuh ke bawah.

"Haih, jatuh pula!" Fayyad kutip semula. Tidak sengaja dia terbuka lipatan tersebut sehingga matanya menangkap butir ayat yang tertera.

Semakin lama, dahinya semakin berkerut. Diikuti detak jantung yang berdebar laju. Wajah berderau.

Sekali Lagi MemilikiWhere stories live. Discover now