Part 42

790 87 56
                                    

Tawa Faaeq berselang-seli dengan tawa Fatima di halaman rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tawa Faaeq berselang-seli dengan tawa Fatima di halaman rumah. Mereka sedang berkejaran bersama Asyrah yang rajin melayan. Kerenah mereka berdua sering menyinari hari gadis itu. Mungkin ada hikmah dia mengenali anak-anak kecil itu. Menjadi penguat semangat dan pengubat duka.

"Lajunya Fatima lari! Aunty tak dapat nak kejar!" Asyrah sudah mencekak pinggang sambil lepaskan lelah.

Fatima ketawa. Faaeq dipimpin si kakak.

"Ala, aunty ni! Bukan laju sangat pun!" Dalih Fatima sambil ketawa lagi.

Asyrah menggeleng dengan tangan diangkat, tanda mengalah.

"Lajulah. Penat aunty. Kuat ya stamina Fatima?" Asyrah hampiri bangku yang terdapat di situ lalu labuhkan duduk.

"Fatima selalu teman papa work out." Jawab Fatima sambil menjungkit kening. Bangga.

"Faaeq pun!" Sampuk si kecil itu.

"Patutlah... habis tu, aunty kena work out jugalah ni?"

Fatima mengangguk. "Tapi bukan dengan papa. Sebab nanti mama marah. Mama kuat jealous!" Akhir ayatnya dibisik di telinga Asyrah, takut Jelita tiba-tiba muncul.

"Hah, bisik apa tu?!" Suara mama menjengah membuatkan Fatima dan Faaeq terkejut. Asyrah hanya senyum.

"Mana ada apa-apa. Kan, Faaeq?" Fatima menyenggol bahu adiknya.

"Betul tu!" Laju sahaja Faaeq bersetuju. Selalunya mereka akan berbalah, tapi hari ini, sekepala sungguh.

"Yalah tu!" Jelita menjeling anak-anaknya.

Fatima dan Faaeq menutup mulut yang hampir melepaskan tawa.

"Ni, Asyrah..."

Asyrah toleh memandang Jelita sambil menanti bicara gadis itu.

"Saya nak keluar. Sekejap aje. Fath tengah tidur dalam bilik. Uqael juga. Tapi, tolong tengokkan Uqael, boleh? Tadi meragam tak henti." Jelita mengeluh risau.

Sebut saja nama Uqael, pasti Asyrah akan terusik. Ya, dia menganggap Fatima, Faaeq dan Fath seperti anak sendiri tetapi Uqael... berbeza.

"Boleh, puan."

"Saya sebenarnya risaukan Uqael tu. Tidur tak pernah lena sekarang. Asyik terkejut aje. Fayyad pun satu, tak datang-datang jenguk anak dia. Sibuk sangat ke? Fareeq pun sibuk, tapi ada aje masa untuk anak-anak!" Jelita membebel geram.

Asyrah tergamam. Kenyataan yang keluar dari mulut Jelita agak mengejutkan.

"Tuan Fayyad... tak ada datang?" Akhirnya, soalan di minda, terkeluar di bibir.

Jelita mengeluh lagi. Kepala mengangguk sekali.

"Saya tak tahulah apa jadi dengan dia sebenarnya. Nak tanya Fareeq, tak sempat. Banyak hal nak kena uruskan. Anak-anak lagi, itu lagi, ini lagi..." Dia mengurut pelipis kepala. Sejujurnya, Jelita memang kasihankan Uqael. Anak kecil itu tak bersalah. Mengapa Fayyad mengabaikannya?

Sekali Lagi MemilikiWhere stories live. Discover now