Part 21

390 45 58
                                    

Pipi gebu Faaeq dicubit Asyrah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pipi gebu Faaeq dicubit Asyrah. Sesekali dia mencium bertalu-talu melepaskan geram. Kalau boleh, dia tak mahu Faaeq membesar. Dia mahu menjaganya seperti itu sampai bila-bila.

"Kita nak pergi makan. Faaeq nak makan apa?" Asyrah menapak ke ruang makan. Sudah terhidang makan tengah hari di situ.

"Na... si!" Jawab Faaeq sambil mengangkat tinggi tangannya, bersorak.

"Faaeq duduk sini. Aunty cedukkan nasi." Diletak Faaeq di atas kerusi lalu mangkuk yang berisi nasi putih dicapai lantas dituang ke dalam pinggan kosong.

"Nak... makan... nasi!" Faaeq menepuk tangan berkali-kali.

"Ya, sayang. Kita makan nasi." Asyrah duduk di sisi Faaeq.

"Wah, prince pak su makan apa ni?"

Tangan Asyrah yang baru hendak menceduk lauk buat Faaeq terhenti seketika apabila mendengar suara Fayyad yang semakin hampir.

"Pak... su!" Berbuih mulutnya memanggil Fayyad yang baru tiba di situ. Lelaki itu mengucup ubun-ubunnya.

"Aku pun nak makan sekali. Cedukkan nasi, boleh?" Fayyad sudah mengambil tempat duduk di sisi Faaeq. Ketika ini, Faaeq berada di antara Fayyad dan Asyrah. Mereka seperti pasangan suami isteri yang sedang menikmati makan tengah hari bersama-sama.

Tanpa suara, Asyrah menceduk nasi lalu diserahkan kepada Fayyad.

"Terima kasih." Daripada tadi, hanya Fayyad yang bersuara. Asyrah lebih selesa mengunci mulut.

"Makan elok-elok, Faaeq." Asyrah menyelak rambut anak kecil itu yang sudah melepasi paras kening.

"Nak tu..." Faaeq mengunjuk ke arah pinggan yang berisi ikan goreng.

"Biar pak su ambilkan. Takut ada tulang." Laju Fayyad mencapai ikan goreng. Dibuang segala tulang yang ada lalu diletak di atas pinggan Faaeq. Anak kecil itu terus menyuapnya ke mulut.

"Sedap?" Soal Fayyad sambi menanti respon Faaeq.

"Sedap!"

Asyrah mengerling ke sisi. Sejujurnya, dia kurang selesa berada sedekat ini dengan Fayyad. Takut ada yang pandang mereka lain macam. Rumah ini bukan hanya ada mereka berdua. Ramai mata-mata yang memandang.

"Asyrah, okey ke?" Fayyad menyoal gadis itu pula apabila sedar riak muka Asyrah yang tidak tentu arah.

"Okey aje." Balas Asyrah ringkas.

"Chocolate bar yang aku beli tu, dah makan ke?"

Asyrah diam seketika sambil memikirkan jawapan yang sesuai. Sebenarnya, chocolate bar yang diberikan Fayyad itu dia sudah berikan kepada Fatima pagi tadi sebelum anak kecil itu ke sekolah. Kebetulan, Fayyad tidak singgah ke rumah Fareeq pagi tadi.

"Dah." Balasnya sepatah. Terasa berat untuk membuka mulut.

Jeda.

"Kalau boleh, lepas ni, tak payahlah belikan apa-apa lagi untuk saya." Asyrah bersuara, mendatar. Mata masih memandang ke pinggan.

Sekali Lagi MemilikiWhere stories live. Discover now