"Aunty baling, Fatima kena tangkap tau!" Asyrah sudah menggenggam sebuah bola mainan bersaiz sederhana besar.
Fatima sudah membuka langkah bersedia. "Okey, aunty!"
Asyrah terus membaling bola tersebut ke arah Fatima tetapi disebabkan terlalu tinggi, Fatima tidak dapat mencapainya.
"Gotcha!"
Asyrah terkedu seketika apabila bola tersebut berada dalam genggaman Danny yang berdiri di belakang Fatima.
"Uncle, nak main sekali tak?"
"Boleh juga. Main macam mana ni?"
"Uncle kena tangkap bola, kalau terlepas, nanti kena kejar." Jawab Fatima yang sedang memberi tunjuk ajar cara permainan.
"Mudah aje ni." Danny sudah menyingsing lengan kemeja hingga ke siku.
"Cik Asyrah..."
Terkebil-kebil Asyrah memandang Danny apabila namanya diseru. Bagaimana Danny tahu namanya?
"Boleh I main sekali?"
Mata Asyrah terkelip-kelip seketika sebelum mengangguk.
"Boleh! Boleh aje..." Asyrah sudah mengambil posisi tadi.
"Fatima, you team dengan Aunty Asyrah, okey? Biar lelaki lawan dengan perempuan!"
"Tapi you boleh ke sorang-sorang, uncle?" Fatima teragak-agak mahu membiarkan Danny keseorangan tanpa teman sepasukan.
"Tak apa, I lelaki! I kan kuat!" Dia mengangkat lengan Fatima seolah-olah sedang mempamerkan otot lengan sendiri.
Fatima ketawa kecil. "Okey."
Danny terus mengambil posisi sambil menggenggam bola menggunakan sebelah tangan.
"Get ready, girls!"
Danny terus mulakan balingan. Mungkin terlalu kuat, mereka tidak sempat hendak menyambutnya. Sebaliknya, bola mainan itu terkena wajah Asyrah. Disebabkan terkejut, gadis itu terundur beberapa langkah ke belakang.
"Cik Asyrah!" Danny terus berlari mendapatkan Asyrah. Gadis itu mengusap dahinya.
"Aunty, are you okay?" Soal Fatima cemas.
"Cik Asyrah, I minta maaf. I terbaling kuat sangat. Teruk ke? Boleh I tengok?" Gelabah Danny memohon ampun sambil cuba meredakan keadaan. Dia sendiri buntu harus buat apa kerana tak mungkin dia mahu menyentuh Asyrah sesuka hati.
Asyrah menggeleng sambil cuba senyum. "Tak apa, sikit aje ni."
"Cik Asyrah, I minta maaf. Dahi you merah tu. I masuk ambil ais kejap!"
"Eh, tak perlu, Encik Danny! Sikit aje ni, nanti eloklah. Lagipun bola mainan aje bukan bola keras." Tak mahu dia menyusahkan tetamu mereka hanya kerana dia. Bukan salah Danny juga, dia yang tidak peka.
YOU ARE READING
Sekali Lagi Memiliki
RomanceSelepas kehilangan cinta pertama, hati kembali terbuka untuk menerima cinta baru apabila dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan mereka tidak dirancang, malah awal pertemuan mereka, mereka sering bertengkar disebabkan perselisihan faham. Pantan...