Part 2

340 38 9
                                    

Selesai mengemas dapur, Asyrah melangkah ke bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai mengemas dapur, Asyrah melangkah ke bilik. Usai makan malam tadi, dia minta Umaira untuk naik berehat dahulu memandangkan gadis itu tidak berapa sihat. Dia pula mengemas apa yang patut.

Sebelum masuk ke bilik, dia singgah dahulu di bilik Umaira untuk menjenguk sahabatnya. Mana tahu ada apa-apa yang diperlukan.

Terbit senyum di bibir melihat sahabatnya yang nyenyak tidur. Dia berharap Umaira akan segera sembuh. Risau juga dia jika melarat nanti.

Asyrah melangkah ke arah pintu balkoni. Langsir yang tidak ditutup, ditarik penuh sehingga menghalang cahaya rembulan menembus masuk. Kemudian, dia melangkah ke meja sisi katil untuk membuka lampu di situ. Tidaklah terlalu gelap nanti.

"Selamat malam, Umai." Ucap Asyrah sebelum gadis itu melangkah ke pintu. Namun, langkahnya terhenti apabila telefon Umaira berbunyi. Teragak-agak dia mahu mengambil.

Fayyad

Berkerut kening Asyrah melihat nama yang tertera. Siapa Fayyad? Mengapa dia menghubungi Umaira malam-malam begini?

"Entah-entah kawan office dia yang call. Mungkin risau kenapa dia tak pergi kerja hari ni." Teka Asyrah sendiri.

Dia mahu mengangkat tetapi talian tersebut telah mati. Oleh itu, Asyrah mengambil keputusan untuk tidak mengambil tahu. Dia terus ke pintu. Pintu mahu ditutup sebelum sekali lagi telefon berbunyi.

Asyrah mengeluh. "Kasihan pula dia call banyak kali. Mungkin penting."

Setelah menimbang tara segala keputusan, Asyrah masuk kembali ke bilik Umaira. Telefon di atas meja sisi katil diambil. Ikon hijau di atas skrin digesek ke tepi.

"Helo?"

"Helo, Umai!"

Terangkat kening Asyrah mendengar suara garau di hujung talian. Dia dapat dengar juga keluhan lega daripada lelaki itu. Mungkin lega kerana akhirnya panggilannya dijawab.

"Assalammualaikum, awak."

Fayyad di hujung talian terkedu. Mengapa suara perempuan lain pula ni? Dia kembali melihat skrin telefon.

"Nama dah betul, tapi kenapa suara perempuan lain? Takkan aku salah save nama kot. Tak mungkin!" Inilah padahnya bila terlalu ramai kontak wanita. Boleh jadi dia tersalah menyimpan nombor atas nama perempuan lain.

"Helo?" Naik hairan Asyrah apabila talian sunyi.

"Ah, ya! Wa'alaikumussalam... urm... ni nombor Umai, kan?"

"Ya, ini nombor Umai. Saya kawan dia. Maaf, Umai dah tidur sebab tak sihat. Awak kawan dia juga, ya?"

Fayyad menggigit bibir sambil mencari ayat yang sesuai untuk menjawab.

"Urm... ya. I kawan dia. Dia tak sihat kenapa? Teruk ke?" Terbit rasa risau di hatinya. Sejak bila entah dia peduli tentang perempuan melainkan Jelita dan mak.

Sekali Lagi MemilikiWhere stories live. Discover now