Part 12

235 34 12
                                    

Tubuh dibawa keluar dari kereta ketika pintu kereta dibuka dari luar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tubuh dibawa keluar dari kereta ketika pintu kereta dibuka dari luar. Meluangkan masa selama tidak lebih dari dua jam, cukup membuatkan hati berbunga-bunga. Senyum tidak lekang dari wajah menzahirkan perasaan bahagia.

"Terima kasih bawa I pergi lunch hari ni." Ucap Umaira lembut. Sepasang matanya hanya tunduk ke bawah, tidak betah terus memandang Fayyad. Bukan apa, dia rasa seperti berada dalam mimpi.

"Belum cukup lagi, tunggu jap." Fayyad membuat isyarat tangan supaya Umaira menunggu ketika dia membuka pintu kereta belakang. Kemudian, dia membawa keluar jambangan bunga sederhana besar lalu dihulur kepada Umaira.

"For you, meraikan kita." Fayyad bersuara, tulus.

Umaira terkedu seketika menerima jambangan bunga yang kedua daripada Fayyad. Tidak cukup dengan hari ini, lelaki itu menambah lagi perasaan yang semakin bercambah dalam hati. Kalau ya pun Fayyad sudah berubah, perlukah sehingga sedemikian? Biarlah dia bernafas dulu hari ini, sesak menerima pelbagai kejutan.

"You tak perlu buat macam ni pun, Fayyad. I tak ada apa nak bagi you sekarang ni." Ujar Umaira, serba salah.

"You dah banyak habiskan masa hampir lima tahun dengan I, itu lebih berharga daripada apa yang I bagi, Umai." Balas Fayyad tenang.

"I tak pernah tunjuk full effort pada perempuan lain, jadi I harap you tak jemu untuk layan I. I takkan berhenti tunjuk yang I betul-betul bersungguh nak hubungan kita ni ke arah yang lebih baik." Lanjut Fayyad lagi.

Umaira senyum lebar. Matanya tak dapat menipu yang dia terharu dengan kesungguhan Fayyad. Mungkin masih terlalu awal untuk dia menilai, tetapi dia akan menghargai apa jua usaha lelaki itu.

"I nak naik office dah."

"Jom I teman you sampai depan pintu." Fayyad hampir menarik tangan Umaira tapi dihalang gadis itu.

"Eh, tak payahlah teman sampai depan pintu. Malulah orang tengok!"

"Apa yang nak dimalukan? I cuma nak hantar you sampai depan pintu. Ini you kena melintas jalan nak ke sana, banyak kereta tahu tak? Biarlah I temankan, ya?" Disebabkan dia meletakkan kenderaan di seberang jalan, terpaksalah mereka melintas untuk ke pejabat tempat Umaira bekerja.

Umaira menyepi seketika. Kalau dia bagi alasan lagi, pasti Fayyad akan muncul dengan jawapan lain. Maka, lebih baik dia ikut.

"Yalah."

Fayyad senyum. Tangan Umaira dicapai lalu mereka melintas jalan setelah tiada kereta yang berdekatan. Sepanjang perjalanan mereka, Umaira dapat rasakan genggaman tangan mereja yang semakin kejap. Apabila dia angkat muka merenung Fayyad, lelaki itu mengulum senyum manis.

Sekali Lagi MemilikiWhere stories live. Discover now