Dihya Maelani seorang wanita berusia 28 tahun, hidup dalam belenggu hutang akibat perbuatan ayahnya yang seorang penjudi dan ibunya yang ketagih dadah.
Dalam perjuangan mengatasi kesulitan hidup, Dihya secara tidak sengaja bertemu dengan Zane Hayes...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Bingkai gambar pasangan pengantin yang indah berbusana putih dan tuksedo tergantung indah pada dinding di ruang tamu utama. Beberapa lagi bingkai kecil yang tersusun kemas atas rak terisi dengan imej pasangan tersebut. Sejak dua bulan yang lalu selepas kes pertengkaran di hospital bersama Zane, Sarah dan Lee telah menjlanai kehidupan mereka seperti biasa.
Lee sibuk dengan pekerjaannya sebagai assistant manager di syarikat perhotelan terkemuka. Sementara Sarah cuba belajar perlahan-lahan menjadi seorang isteri dan suri rumah. Adakalanya dia tersalah jugak masa buat kerja. Tapi Lee sabar mengajar.
Maka semenjak Zane menghamun Sarah akan penyesalan lelaki tu, Sarah dah berikrar yang dia tidak ingin lagi ada hubungan dengan abangnya. Dia enggan ada kaitan lagi dengan lelaki tidak berhati perut tu. Apa yang dia perlukan adalah Lee di sampingnya. Sebab bagi Sarah, suaminya keluarganya. Insan terpenting dan orang yang dia cintai. Jadi dari dia sibuk fikirkan orang yang tidak pernah menganggap dia sebagai keluarga baik dia fokus pada orang yang menghargai dirinya sebenar-benarnya.
Tapi dalam diam, Sarah masih lagi terkilan akan kata-kata Zane tempoh hari. Sejujurnya dia mahu meminta maaf pada Zane. Buruk macam mana sekali pun Zane, lelaki itulah yang telah menyelamatkan dirinya dulu.
Sedang Sarah tunduk membongkok mencari sesuatu dalam kabinet baju, tiba-tiba sebuah kotak jatuh tergolek atas lantai. Mengenai kakinya dengan kuat. Terkejut punya pasal dia terus terduduk di situ sambil memegang jari kaki. Berdesis mengaduh kesakitan. "Dah kenapa boleh terjatuh ni?" sungutnya.
Sekali bila Sarah mula mengutip barang yang berterabur keluar dari dalam kotak itu, dia terpegang satu keping foto. Bila dia terbalikkan foto itu, dia melihat sekumpulan orang berpakaian pejabat duduk semeja seakan dalam restoran di foto itu. Sekali imbas seperti ada sesi makan bersama rakan company. Namun bila Sarah double take gambar itu semula, keningnya terus berkerut hairan
"Baby, bunyi apa tadi? You okay tak?" muncul Lee dengan apron di sekeliling pinggang. Lelaki itu berdiri depan pintu selepas dengar bunyi Sarah mengaduh kesakitan dari dapur tadi.
Perlahan-lahan Sarah berpaling. Sambil memegang foto itu dia pandang Lee dengan riak kebingungan. Apa yang dia nampak ni?
"Sayang, apa ni?" Sarah menggoyangkan foto yang dipegangnya.
Kehairanan tidak faham, Lee jalan mendekati Sarah sambil memandang foto yang dipegang oleh isterinya itu. "Apa bendanya tu?"
"Kenapa dekat dalam gambar ni ada Dihya?"jantung di dalam berdegup sakit. Sarah begitu terkejut. Dia berasa takut dan tidak percaya setelah melihat gambar Dihya di sebelah Lee sedang tersenyum sambil memandang ke arah kamera. Mereka berdua sama-sama mengenakan pakaian kerja korporat pejabat mereka. Jadi selama ni Lee kenal Dihya? Perempuan simpanan Zane tu sejak awal lagi mengenali Lee?
Terpempan Lee lepas dengar. Matanya pantas memandang wajah Sarah. Ya tak ya. Gambar-gambar dia masa dia kerja dekat tempat lama! Dia sendiri terkejut sebab dia dah lupa pasal gambar tu sebab semua tu memori beberapa tahun yang lepas. Benda dah lama kan. Jadi Lee langsung tak ingat pasal tu.