Dihya Maelani seorang wanita berusia 28 tahun, hidup dalam belenggu hutang akibat perbuatan ayahnya yang seorang penjudi dan ibunya yang ketagih dadah.
Dalam perjuangan mengatasi kesulitan hidup, Dihya secara tidak sengaja bertemu dengan Zane Hayes...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Dihya tersenyum sambil menyuapkan sepotong kek ke mulut anak lelakinya yang genap setahun. Zane Hayes, suaminya, duduk di sisi, mata hitam pekatnya tak lepas memandang dua insan kesayangannya itu. Senyuman tipis terukir di bibir Zane, nampak sangat dia bahagia.
Sudah setahun berlalu sejak kehadiran permata hati mereka, seorang putera yang kini menjadi segalanya buat mereka. Majlis resepsi yang dibuat hari ini bukan saja untuk sambut ulang tahun si kecil, tapi juga jadi saksi betapa utuhnya keluarga yang mereka bina di atas takdir yang berliku.
“Mama… lagi!” suara kecil itu meminta lagi, membuatkan Dihya dan Zane ketawa kecil.
“Sudah, sayang. Nanti sakit perut,” pujuk Dihya lembut sambil mengelap sisa kek di pipi tembam puteranya.
Zane pula mencapai tangan Dihya, mengucup lembut belakang tangan isterinya. Buat Dihya terpinga-pinga.
“Kenapa?” tanya Dihya hairan.
Zane cuma menggeleng sambil tersenyum nipis. “Saja.” Dia bukan apa, dia cuma rasa bersyukur tak terhingga dapat rasa kebahagiaan macam ni, tengok Dihya dan anak lelaki mereka ada di sisinya.
Dihya kembali memandang anak lelakinya sambil mengeratkan genggaman tangan Zane.
“Terima kasih untuk semuanya, sayang. Saya tak tahu kalau bukan sebab awak, saya mungkin takkan rasa bahagia macam ni,” Zane pandang wajah isterinya penuh makna.
Dihya balas pandangan Zane, matanya berkaca. “Saya pun sama. Terima kasih sebab sudi terima saya dalam hidup awak.” Air mata gembira yang ditahan sejak tadi akhirnya menitis, membasahi pipinya.
Zane mengusap lembut pipi isterinya, turut berkongsi rasa syukur yang melimpah ruah.
“Kalau dulu awak favorite mistress saya, sekarang awaklah orang yang paling saya sayang dalam dunia ni…” seloroh Zane, cuba menceriakan suasana. Zane tarik Dihya ke dalam pelukannya dan disambut dengan tawa kecil Dihya.
Mereka telah melalui macam-macam cabaran, tapi setiap titisan air mata dan peluh yang tumpah tu dah menguatkan lagi ikatan mereka, satu kasih sayang yang takkan goyah.
Sejak Tuan Samsoong pergi, kehidupan Zane dan Dihya jadi lebih tenang. Jauh dari dunia bisnes yang penuh persaingan, Zane kini mengisi hari-harinya dengan aktiviti santai, menikmati masa-masa berharga bersama isteri tercinta.
Syarikat keluarga Samsoong yang megah kini sepenuhnya di bawah kendalian Zane. Dia dah buktikan yang dia mampu uruskan syarikat dengan cemerlang, pastikan legasi yang ditinggalkan Tuan Samsoong terus maju.
Walaupun sibuk, Zane sentiasa pastikan Dihya dan anak mereka adalah keutamaannya.
“OH YA, Zane, ayah dan ibu kata mereka akan datang hujung minggu nanti,” beritahu Dihya suatu pagi ketika mereka sedang sarapan.
“Ya ke? Baguslah. Dah lama juga mereka tak datang sini,” balas Zane sambil menyuapkan roti bakar ke mulut. “Ayah nampak lebih sihat dan gembira sejak dia bersara.”
Dihya mengangguk setuju. “Memang. Ibu pun sama. Mereka patut dapat ketenangan macam ni.” Dia teringat bagaimana dulu hubungan Zane dengan keluarganya renggang sikit sebab tekanan kerja, tapi sekarang semuanya dah pulih, malah lebih akrab. Kebahagiaan ibu bapa Zane adalah cerminan kepada ketenangan hati mereka sendiri.
Di tempat lain, Sarah dan Lee pula sedang meniti babak baru dalam hidup mereka. Dengan kehadiran anak kembar yang comel, hidup mereka jadi lebih ceria dan bermakna. Atas tuntutan kerja Lee, mereka sekeluarga dah pindah ke luar negara, mulakan pengembaraan baru yang penuh kegembiraan.
Walaupun terpisah jauh, persahabatan antara Sarah dan Dihya tak pernah pudar.
Sejak pertemuan terakhir mereka, kedua-dua wanita ni sering berhubung melalui panggilan video dan WhatsApp. Mereka kongsi cerita pasal cabaran besarkan anak kembar, pasal gelagat lucu anak Dihya, malah pasal gosip-gosip kecil yang mewarnai hidup mereka. Hubungan yang dulunya bermula dengan situasi yang janggal, kini dah jadi persahabatan yang sangat erat, macam adik-beradik.
Suatu petang, telefon Dihya berdering. Nama ‘Sarah’ terpapar di skrin.
“Hai, Sarah!” sapa Dihya ceria.
“Hai, Dihya! Macam mana? Sihat?” suara Sarah kedengaran teruja di hujung talian.
“Macam ni jelah, sihat. Kamu dengan si kembar macam mana?”
“Kami pun sihat. Ya ampun, Dihya, pening kepala saya nak uruskan si kembar ni. Seorang nak susu, seorang lagi nak berdukung,” adu Sarah diselangi tawa kecil.
Dihya turut ketawa. “Sabarlah, Sarah. Memang macam tu lah cabaran jadi ibu. Tapi seronok kan?”
“Seronok sangat! Eh, Dihya, bila kamu nak datang melawat kami kat sini? Anak-anak saya asyik tanya pasal ‘aunty Dihya’ mereka,” ajak Sarah.
Dihya tersenyum lebar. “Hahaha, tengoklah nanti, Sarah. Nanti kalau Zane ada masa lapang, kami datang melawat. Kamu pun, bila-bila ada kelapangan, datanglah ke sini. Dah lama tak jumpa depan-depan.”
“Of course. Nanti saya beritahu Lee.”
Dihya berborak panjang lagi dengan Sarah, sambil senyuman masih terukir di bibirnya. Dia pandang ke arah Zane yang sedang mendukung anak mereka, bermain di ruang tamu.
Hilaian ketawa dan suara agah ceria dari dua orang tu menyerikan lagi suasana petang. Tak pernah dia sangka yang hidupnya sekarang ni adalah sebuah lukisan indah yang diwarnai kebahagiaan dan kasih sayang.
Semua cabaran yang dah dilalui, akhirnya membawa mereka ke arah cahaya. Kini, mereka tak lagi terikat dengan takdir yang menekan, sebaliknya, mereka sendiri yang tentukan takdir mereka, melakar kisah cinta yang abadi. Mereka dah buktikan yang cinta sejati, walaupun diuji dengan macam-macam rintangan, akan sentiasa jumpa jalannya menuju kebahagiaan yang hakiki.
- TAMAT -
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.