Dihya Maelani seorang wanita berusia 28 tahun, hidup dalam belenggu hutang akibat perbuatan ayahnya yang seorang penjudi dan ibunya yang ketagih dadah.
Dalam perjuangan mengatasi kesulitan hidup, Dihya secara tidak sengaja bertemu dengan Zane Hayes...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
(Flashbacks beberapa bulan yang lalu, di hospital sama Dihya menerima rawatan semasa kejadian di racun oleh Astrid....)
Sunyi sepi bilik rawatan yang menempatkan Tuan Samsoong petang itu. Disekitar bilik rawatan VVIP itu dihiasi dengan interior design seperti suite hotel. Sedangkan ianya adalah hospital. Dan di penjuru bilik itu sebuah katil berada. Kanan katil itu sebuah kerusi roda berada.
Tuan Samsoong yang sememangnya seorang yang komited pada pekerjaannya kelihatan bersama dengan laptop dan helaian kertas di sekitar tempat dia duduk melunjur di katil itu. Cermin mata terpasang di wajah bersama tiub oksigen di hidung. Walaupun dalam keadaan tidak mengizinkan begitu, ianya tetap tidak menghentikan lelaki berusia 75 tahun itu terus menjalankan tugasnya.
Sewaktu dia muda, Tuan Samsoong sentiasa merasakan dirinya tidak terkalahkan. Dia adalah paling berpengaruh dan berkemampuan. Sehinggalah tiba masanya untuk soal keluarga dan tanggungjawab. Beliau tidak dapat menjadi sesempurna seperti yang dilakukan dalam hal kerja.
Disebabkan kesibukan dan komitmen terhadap kerja, Tuan Samsoong banyak menghabiskan usia muda dan masa dia dengan kerja. Pergi luar negara, meeting, golfing, event, dinner dan charity. Tapi tak pernah sekali dia luangkan masa bersama isteri dan anaknya.
Yang mana setelah anaknya dewasa, anaknya lebih memilih untuk memberontak dan cuba menggulingkan kuasa dalam syarikatnya sendiri. Oleh itu dia memberikan syarat kepada anak lelakinya. Sekiranya ingin harta darinya, Hayes perlu mempunyai anak lelaki. Dan dia tak sangka pula Hayes betul-betul bawa anak lelaki ke dalam keluarga ni. Ingatkan anak angkat, rupa-rupanya anak kandung hasil perkahwinan rahsia anak lelakinya yang dia sendiri tak pernah tahu.
Pada masa itu Tuan Samsoong fikir kerjaya dan legasinya akan berakhir selepas munculnya cucu tunggalnya yang satu ini di dalam keluarga mereka. Rupa-rupanya sangkaan dia meleset. Cucu yang disangka akan merampas kuasa dan kedudukannya ini adalah musuh kepada Hayes sendiri. Zane membencikan Hayes kerana Hayes punca kematian ibu dan datuk kesayangan cucunya itu.
Suatu hari, dalam keadaan berlebam dan menangis Zane datang kepadanya. Melutut dan merayu agar membantunya untuk membalas dendam ke atas Hayes. Maka Tuan Samsoong pun memberikan kuasa kepada Zane di usia muda. Dengan harapan Hayes tidak akan lagi menganggu Zane.
Namun lelaki ular seperti Hayes itu tetap mempergunakan Zane untuk kepentingannya sendiri. Dari menjadikan Zane sebagai pengiring untuk para pelabur muda, perantaraan untuk melayani wanita-wanita kaya yang sudah berusia demi mendapatkan pengaruh. Hingga memaksa Zane melakukan perkara yang tidak diingini oleh budak itu. Tindakan Hayes mengakibatkan Zane cipta karakter self destruction demi mempertahankan dirinya dan memuaskan hati Hayes.
Rentetan dari peristiwa itu Tuan Samsoong memilih untuk melindungi dan mempertahankan Zane tidak kira apa sekalipun situasinya. Dan dia akan sentiasa mempercayai Zane dalam apa jua keadaan. Sebab di dalam keluarga itu hanya Zane sahaja yang menganggap dirinya sebagai keluarga.