Dihya Maelani seorang wanita berusia 28 tahun, hidup dalam belenggu hutang akibat perbuatan ayahnya yang seorang penjudi dan ibunya yang ketagih dadah.
Dalam perjuangan mengatasi kesulitan hidup, Dihya secara tidak sengaja bertemu dengan Zane Hayes...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Tiga bulan kemudian.
Hari-hari berlalu seperti biasa dalam sekelip mata seperti angin lalu.
Sejak peristiwa Zane meracuni ibu tirinya dengan dadah, Tuan Hayes benar-benar meletakkan jawatan serta menarik diri sepenuhnya dari melibatkan diri di dalam syarikat besar Samsoong Enterprise. Lelaki itu juga mengambil keputusan untuk tinggal menginap di mansion miliknya yang terletak jauh dari kawasan bandar dan kesibukkannya kejiranan. Tuan Hayes telah nekad untuk bersetuju dengan Ugutan Zane dimana Zane akan menghumban Tuan Hayes ke dalam penjara. Oleh kerana cinta Tuan Hayes pada harta melebihi segalanya, orang tua tersebut memilih untuk menghabiskan sisa usianya dengan kekayaan yang dia kumpul selama ini dengan tenang. Dia tidak lagi akan masuk campur hal perwarisan apalagi cuba-cuba menganggu kehidupan peribadi Zane selepas ini.
Tidak lama selepas Zane dan Dihya merasmikan perkahwinan mereka, berita mengenai Sarah dan Lee berkahwin kedengaran. Pasangan itu dikatakan mengadakan majlis perkahwinan kecil-kecilan yang hanya dihadiri oleh kenalan terdekat. Zane dijemput ke majlis resepsi pasangan itu melalui pos. Pada awalnya Dihya beranggapan Zane tidak akan pergi. Rupa-rupanya lelaki itu hadir ke majlis tersebut sebagai wali sah untuk Sarah. Yang mana membuatkan Sarah menangis sepanjang majlis itu berlangsung. Siapa sangka Zane yang perengus dan baran selama ini telah berubah tiga ratus enam puluh darjah dalam masa yang singkat.
Namun di balik kelancaran hari yang berlalu, tiada siapa boleh mengagak bahawa rasa bahagia itu hanya la sementara. Keadaan Tuan Samsoong yang dikatakan telah stabil kembali kumat sakit semula tidak lama kemudian. Membuatkan hari Zane hanya dipenuhi dengan meeting, press conference, perjumpaan itu dan ini serta keluar masuk menguruskan segalanya mengenai syarikat serta perawatan Tuan Samsoong di hospital.
"Sayang?"
Kepala Dihya terangkat tegak dari tunduknya sewaktu dia sedang mengeluarkan botol pencuci pinggan dari kabinet sinki.
"Dekat dapur sini..."sahutnya setelah itu.
Sambil menunggu Zane datang, Dihya menuang sabun pencuci ke dalam bekas khusus di tepi sinki. Tidak lama kemudian barulah suaminya muncul.
"Sayang....tolong ikatkan tali leher ni.. Saya nak jawab call sekejap."minta Zane dengan necktie di tangan kiri dan telefon di tangan kanan. Lelaki itu kelihatan tergesa-gesa. Mana tidaknya malam tadi aje balik lewat kerana ada urusan kerja dan melawat datuknya di hospital. Kesudahannya bangun lewat. Sudah dikejutkan dengan Dihya beberapa kali pun tak berjaya.
Dihya pantas berpusing. Dia tatap wajah segak milik Zane untuk beberapa saat sebelum tersenyum lucu. Sejak berkahwin dengan Zane, macam-macam karakter yang Dihya belajar tentang Zane. Antaranya sikap kalut Zane. Pada awalnya dia fikir Zane seorang yang tenang dan sentiasa bersikap collected tak kira apa sekalipun situasi. Siapa sangka yang suaminya ini seorang yang cemerkap jugak.