BAB : 3

13.9K 327 12
                                    

10minit kemudian , Nurul telah pun berada di buai mimpi . Kelihatan di ruang tamu keluarga Nurul masih belum habis berbincang .

40minit yang lalu ,

" Nurul pergi masuk tido , esokkan kamu nak keluar dengan kawan - kawan kamu " ujar Puan Hanani kepada anak bongsunya . " okayy mak " akur Nurul . Setelah Nurul masuk ke dalam biliknya , bermula perbincangan keluarga .

" 2minggu lagi maybe Nurul akan berkahwin dengan anak kawan abang . dan 4hari lagi Nurul akan bertunang " ujar Encik Husaini yang memulakan perbincangan tersebut . " Abang betul ke nak kahwin kan anak kita dengan anak kawan Abang tu ? " Tanya Puan Hanani . " A'ah , betul tu abah . Nurul kan muda lagi . takkan nak kahwin kan dia dah " sampuk Husni . " macam mane kalau anak kawan Abang tu , playboy ke ? Jahat ke ? Tak ke terseksa anak kita Abang ? " ujar Puan Hanani dengan nada sedikit risau

Encik Husaini sedikit berdehem , lantas berkata " Abah tahu kamu semua takleyh terima sebab Abah nak kahwin kan Nurul pada usia semuda ni . Tapi Abah dah fikir , ni keputusan yang terbaik . nak atau taknak nurul tetap kene kahwin dengan anak kawan Abah tu . Ini semua demi kebaikan Nurul . Abah tahu Nurul kuat untuk hadapi cabaran yang paling terbesar ni . Dia kan cicit Mat Salleh of course kuat dan dari keluarga kita semestinya dia kuat " . " kalau macam tu saya setuju " balas Puan Hanani , begitu juga dengan Husni .

Seingat Husni adiknya memang seorang yang tabah kerana disebabkan dia lah isterinya berubah seperti sekarang , kalau tak perangai tetap suka mengumpat kami sekeluarga dan membuka aib kami kepada jiran - jiran . bukan itu sahaja , isterinya dulu jugak , kuat melawan cakap Husni dan selalu sindir ibunya .

Tapi suatu hari , dia terdengar Nurul menangis dalam biliknya sambil berkata " kita kene kuat dan sabar dalam serial dugaan yang datang sebab Allah nak uji keimanan hamba nya dan Allah rindu untuk mendengar rintihan hamba nya kepada dia . Allah takkan bagi dugaan pada hamba nya yang tidak kuat untuk mengharungi dugaan tersebut . Allah bagi sebab Allah tahu hamba nya itu kuat untuk mengharungi dugaan ini . Allah maha mengetahui , Allah maha adil "

Benci , Suka , Sayang Kau !! ✔Where stories live. Discover now