BAB : 45

7K 202 3
                                    

Nurul memandu kereta dengan keadaan yang penuh kecewa . Bergelinang air matanya . Nurul memandu disuatu taman .

Setelah selesai memarking keretanya , nurul duduk di sebuah kerusi di bawah pokok dan berhampiran dengan tasik . Tenang , nurul memandang kearah tasik tersebut dan cuba menikmati keindahan alam serta mengangungkan ciptaanNya .

Nurul memejam matanya dan mengimbas kembali kenangannya bersama ahli keluarganya serta Adam . Tanpa disedar , air mata yang sejak tadi ditahan . Mengalir keluar dengan deras , walaupun nurul cuba menahan perasaan itu .

' ya allah , sungguh berat dugaan Mu ini . berikan lah aku kekuatan serta ketabahan yang tinggi dalam mengharungi dugaan ini ' bisik hati nurul

Betapa rindunya hati ini dengan mereka , keluarganya dan juga Adam . Luluh hati nya apabila melihat Adam yang langsung tidak mempedulikan hatinya , serta sanggup membuat perkara sebegitu . Jijik kah dirinya ? Berdosa kah dirinya kepada suaminya ? Nurul sendiri tidak tahu jawapannya , emosi nya pada masa ini perlu dijaga dengan rapi kerana takut akan memberikan kesan kepada kandungannya .

Sedang nurul menunduk ke rumput , Zafril terus duduk disebelah nya tanpa meminta izin . Nurul segera menjarakkan dirinya dan memandang zafril dengan jelingan .

" saya kan dah cakap , saya taknak awak menangis dah " kata zafril sambil tersenyum kepada nurul .

Nurul hanya mendiamkan dirinya dan terus menunduk ke bawah tanpa memandang Zafril . Zafril berasa sedikit kecewa kerana Nurul menangis kerana orang lain . laki lain ini bermakna memang nurul sangat menyayangi suami nya . Tetapi ego nya terlalu tinggi untuk mengaku . Kalau dirinya bertemu nurul terlebih dahulu bukannnya Adam . Tentu nurul sudahpun menjadi miliknya .

siapalah kita hendak melawan takdir yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta . Apa yang perlu kita lakukan hanya berdoa agar kita dapat sesuatu yang baik di kelak .

" boleh tak awak stop tunjukkan yang awak tu kuat "

"sebab awak banyak pendam lah , awak menangis " kata zafril lagi . Nurul terus memandang wajah zafril . Sisa air mata nya dilap dengan tuala yang dipegang sejak dari tadi .

" saya dengar awak nak ke Jordan ? " nurul mengangguk lemah .

" kalau awak kat sana , Jaga diri awak tu elok - elok . kalau ada masa , ada jodoh kita dapat jumpa lagi an .? Jangan lupakan kawan awak ni tau bila awak kat sana " kata Zafril lembut . nurul tersenyum

" insyaa Allah , saya takkan lupakan awak . terima kasih zafril " kata nurul . Lalu nurul meminta izin untuk pulang ke rumah . Dihalang oleh Harris yang memandang nurul dengan mata yang kuyu dan sembab

Benci , Suka , Sayang Kau !! ✔Where stories live. Discover now