Nurul keluar untuk pergi menziarahi kubur keluarganya . Begitu lama , nurul tidak menziarahinya . Selamat papa memberi nurul menggunakan keretanya . Kalau tidak , naik teksi . Tapi sekarang barang pun dah mahal , baru 5 ketul barang dah cecah RM100 . Apa lagi naik teksi yang dah cecah 25sen , dugaan dunia . Duit memang tak boleh bawak mati tapi kalau kat dunia tak duit kita boleh mati , cuma perlu berpada - padalah .
Selesai nurul mengomel seorang diri didalam kereta , tepat juga nurul sampai ke destinasi nya . Nurul membersihkan persekitaran perkuburan keluarga nya . Sepintas lalu , nurul terlihat suatu kubur yang tidak terlalu jauh dengan kubur keluarganya ianya seperti terbiar . Rumput panjang . Nurul terus mencabut rerumput itu . Selesai membersihkan , nurul membaca surah yassin .
Air mata bergenang ditubir mata nurul , selesai membaca surah yassin dan semuanya .
" mak , nanti mungkin Hannah akan pergi ke Jordan . nanti Hannah akan upah orang untuk bersihkan kubur ni masa Hannah takde . mak doakan Hannah ye " tutur nurul lembut .
Sewaktu nurul ingin melangkah pergi , terdengar suara - suara berbisik pada telinga nya .
" bersabarlah dan tabah menghadapi dugaan hidup ini . Berdoalah dan sentiasa meminta pertolongan Allah . Ingat bahawa Allah itu maha Agung dan Maha Mengasihi "
Kelihatan terdapat seseorang lelaki berpakaian putih tersenyum kepada nurul . Nurul sangat pasti itu bukanlah manusia biasa , kerana cahaya itu dan wajah itu sangat suci . Sambil berjalan melangkah pergi , nurul juga terhidu haruman yang sangat wangi yang sukar digambarkannya . nurul hanya tersenyum dan terus pergi melangkah dari situ .
*****
Nurul terus pergi ke universitinya dengan niat untuk memaklumumkan bahwa nurul akan berpindah ke Jordan . Nurul berjalan menuju ke pejabat . Terdengar suara yang memanggil namanya . Tetapi nurul sengaja membuat tak dengar kerana kalau boleh tidak mahu langsung bertemu dengannya .
" nurul ! " terus dihalang olehnya sambil termengah - mengah tangan serta terdapat sesuatu dibelakangnya. Nurul langsung tidak memandang wajah nya walaupun sedikit ." weyh , nurul . Jom kahwin dengan aku . kita kahwin dekat Thailand " terkejut nurul . Nurul terus berjalan dan meneruskan niatnya yang terbantut itu .
" sekurang - kurangnya , kau amiklah ni . tak baik tau buat macam ni kat aku "
" weyh , Harris kau tak penat ke buat semua ni ?. Kau sedar tak ? yang aku dah kahwin . kau sedar tak benda tu ? Bukak lah mata kau tu luas - luas . kau tahu berdosa besar kalau kau cuba merobohkan rumah tangga orang . Fikirlah weyh . aku cakap sebab aku sayangkan kau sebagai kawan . aku taknak kau menyesal suatu hari nanti . ingat , jangan ikutkan nafsu kau . fikir baik - baik . ingat Allah beb , " nurul berjalan laju meninggalkan Harris sendirian .
Selamat laluan ini tiada orang pada masa ini . Nurul berjalan terus dan langsung tidak memandang ke belakang walaupun sedikit . Harris cuba menghadam kata - kata nurul , cuba memikirkannya .
Setelah selesai berbincang dengan pihak universiti . Nurul keluar dari pejabat . Kelihatan seorang lelaki sedang menunggu seseorang .
" weyh , perempuan . kau ingat nanti majlis persandingan kita " kata adam . Namun langsung tidak dihiraukan oleh nurul . Nurul terus berjalan laju cuba untuk mengelak dirinya dari bertemu semua itu
"Kau jangan sombong sangatlah . kau tu cuma pelacur je "
Nurul menoleh dan berjalan menuju ke arah Adam . Tangan kanannya kuat menggenggam . Nurul memandang Adam dengan pandangan kosong langsung tiada riak .
" caci lah saya sampai puas . nanti bila saya dah tak ada depan mata awak mesti awak akan rindu . So , sekarang caci lah . Hina lah . saya tunggu dan dengar semua yang awak nak cakap tu " kata nurul dengan tenang
"kau jangan cabar aku perempuan .. " nurul tetap berdiam dan memandang tepat anak mata Adam . Ini membuatkan Adam terkaku seketika . Kerana mata nurul menunjukkan suatu kesakitan , kekecewaan yang dialami seorang diri tanpa ada keluarga disisi . Umpama mengemis kasih sayang .
Walaupun begitu , cemburu buta serta sikap panas barannya tetap menguasai dirinya . Walaupun , hati memberontak untuk meminta maaf serta perasaan kasih dan rindu suami kepada seorang isteri .
Adam terus meninggalkan nurul berseorangan disitu . Tidak sanggup untuk menatap mata nurul .
*****
Nurul memandang belakang adam dengan perasaan sayu serta rindukan suaminya . Mungkin perasaan cinta terhadap suaminya telah tersemai . Tetapi semuanya telah berubah ,
" adam , Hannah rindukan adam . Anak kita pun rindu belaian dari ayah dia . maafkan Hannah sebab selama ni Hannah mengabaikan perasaan Adam . Mungkin ini semua salah Hannah . Hannah mintak maaf . Hannah terpaksa rahsiakan kandungan ni dari Adam . Hannah mintak maaf "
#bersambung.....
Rindu sis tak ? Hahhahah 😝😜
YOU ARE READING
Benci , Suka , Sayang Kau !! ✔
RomanceADAM seorang lelaki yang dingin,panas baran dan sosial telah berubah begini kerana dipermainkan oleh kekasihnya dahulu .Manakala,NURUL merupakan seorang kasar,baik.Mereka berdua dipaksa untuk berkahwin,pada mulanya adam memberontak untuk tidak menga...