Tibanya hari persekolahan nurul ,
************************************
Seawal pukul 5.30 pagi , nurul telah bangun dan bersiap untuk ke sekolah nya . Ya , hari ini adalah hari pertama persekolahan dan hari pertama dia akan mengalas sesuatu yang berat , iaitu menjadi seorang ketua pengawas dan menjadi seorang isteri .
Nurul bersiap dan mandi , lalu mangejutkan Adam untuk menjalankan suruhan Allah iaitu solat . setelah selesai menjalankan ibadat , sementara Adam bersiap . nurul turun untuk ke menyediakan sarapan untuk mereka .
' baik , aku pergi sekolah sekarang ' nurul berjalan seperti pencuri untuk pergi ke sekolah . walaupun hakikatnya masih awal lagi untuk pergi ke sekolah .
" nak pergi mana tu ? Saya akan hantar dan amik awak eh , jangan nak mengada - ngada pergi sendiri " ujar Adam sambil mengalas beg .
" jum makan " ujar Adam lagi . nurul hanya menurut , dan melihat adam yang agak kelihatan kacak baginya . cara pemakaian adam yang begitu simple dengan memakai t-shirt lengan pendek berwarna hitam dan memakai seluar jeans . ia menampakkan lagi ketampanan dan badan adam yang sasa itu .
" hey , budak sekolah . asal pandang - pandang ni ? Saya tahulah saya handsome kan , "kata Adam sambil menyuap mee goreng ke dalam mulutnya . nurul hanya mencebek setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh adam sebentar taxi
"Awak tu budak sekolah jugakkan ? Cuma perbezaan nya awak tu Universiti dan Sekolah Menengah " bidas nurul
" Dan disebabkan itulah , saya panggil awak budak sekolah . sebab awak berpakaian sekolah dan saya bebas " lawan adam sambil merenung mata nurul . nurul hanya menggeleng dan malas hendak melayan sikap adam itu
" mana cincin awak ?"tanya Adam kepada nurul setelah melihat cincin perkahwinan mereka tiada di jari nurul .
" saya simpan , kat sekolah tak dibenarkan bawa barang kemas . nanti tercicir , susah pulak " balas nurul
" awak tak malu pakai cincin tu ? tak malu kalau orang tahu awak dah kahwin dengan budak nerd dan budak sekolah macam saya ni " tanya nurul kepada adam . yela , kebiasaannya lelaki yang hot sangat ni , tak suka kalau orang tahu dia dah kahwin lagi - lagi dengan budak macam nurul ni
" buat ape nak malu ? Biarlah , orang tahu ,saya lagi suka . nanti takdelah orang nak ngorat isteri saya ni " kata Adam dengan slumber dia je
YOU ARE READING
Benci , Suka , Sayang Kau !! ✔
RomanceADAM seorang lelaki yang dingin,panas baran dan sosial telah berubah begini kerana dipermainkan oleh kekasihnya dahulu .Manakala,NURUL merupakan seorang kasar,baik.Mereka berdua dipaksa untuk berkahwin,pada mulanya adam memberontak untuk tidak menga...